Jenazah Mantan Imam Masjid Ditemui Menghadap Kiblat - Jumlah angka korban ke-5

 


MATI… Setiap benda yang bernyawa pasti akan menemui detik kematian yakni permulaan untuk seseorang itu menempuh alam Barzakh dan juga alam akhirat sebelum ditempatkan sama ada syurga atau neraka.

Tiada sesiapa pun yang hidup akan mengetahui saat kematian kerana ia menjadi rahsia Allah bagi membolehkan umat manusia itu sentiasa mengisi masanya untuk melakukan amal kebajikan dan suruhanNya sebagai bekalan di akhirat nanti.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang ditetapkan), maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaat pun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan. - [Surah al-A’raf, ayat 34].

Dan turut disebut juga berkenaan mati yang dikaitkan kiamat semakin hampir apabila banyaknya berlaku kematian mengejut.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Sesungguhnya di antara tanda-tanda hari kiamat ialah… munculnya kematian mengejut. - [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Saghir - 1132].

Semalam jenazah imam baru dijumpai, Allah pelihara jasadnya degan baik , tiada sebarang calar balar di bdan .. Jenazah sempurna dari atas hingga ke bawah, badannya dilindungi oleh kulit kayu balak seperti keranda dan di hadang oleh kayu2 balak ... Allahuakbar !!

Yang viral kata jenazah dah jumpa kelmarin tu , yang kata melekat dekat pokok tu janganlah terus percaya ,"hari ni team kami yang uruskan bongkahan balak tersebut dan menjumpainya" ujar salah seorang sukarelawan di situ.

Kata para ulama bagi orang yang beriman meninggal dunia, mereka diperlihatkan mahligai indah sudah dibina di alam syurga. Maka mereka akan sentiasa berdoa agar dipercepatkan hari kiamat untuk membolehkan mereka segera memasuki mahligai indah itu.

Begitulah bagaimana orang yang masih hidup melihat jasad orang beriman meninggal dalam keadaan apa pun seperti tiada kesan calar, jasad dalam keadaan baik, dan seumpamanya sebab Allah SWT lindung mereka.

Misi Mencari Jenazah Imam






Post a Comment

0 Comments