Jom Buat Maggi Goreng Basah [Video] - Simpan resipi ni

 


Sekarang nak dine-in di kedai belum boleh sepenuhnya, kalau bosan-bosan tengah hujan tu bolehla cuba masak maggi goreng basah ni di rumah. Resipi ini dikongsi oleh @ayahrayyan2 di Tiktoknya terpulang pada skill masing-masing.


- Mula-mula ambil pack maggi satu untuk sorang makan.



- Tabur minyak pada kuali



-Tumbuk skit bawah putih 1bunga, 2-3 biji cili padi, bawang holland 2-3 hiris, dan daging satu senduk. Masukkan dalam kuali, letak cili bo sikit.



- Dah masak gaul2 masuk air sesedap rasa, dan masukkan maggi




- Masuk Sawi dan kobis sikit

- Letak kicap pekat sikit, sos tiram sikit, garam sikit, ajinomoto sikit, air limau sikit



- Letak perencah maggi kari tu satu

- Tabur daun sup sikit dan telo sikit


- Siap untuk dihidang 


Kalau tak faham tengok video ni



Post a Comment

0 Comments