Jom lihat Hujan Meteor Perseids Khamis 12 Ogos 2021| Keajaiban!

 


Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena Hujan Meteor Perseids pada waktu malam dari 17 Julai hingga 24 Ogos 2021.


Hujan Meteor Perseids ini akan mencapai maksimum dengan kadar 110 meteor sejam atau hampir 2 meteor seminit pada Khamis 12 Ogos 2021, jam 09:00 malam sehingga menjelang awal pagi 13 Ogos 2021. 


Bagi yang ingin memerhatikan fenomena hujan meteor ini perlu ke kawasan yang gelap dan jauh dari pencemaran cahaya. Pusat pancaran meteor-meteor tersebut datangnya dari buruj Perseus yang terletak di langit sebelah Utara.





Post a Comment

0 Comments