Jutawan 1 sen

 


Kejadian ini berlaku pada tahun 1990, seorang anak muda bernama Aman Shah ketika itu dia berusia 24 tahun dituduh menipu duit 1 sen dengan menggunakan sistem komputer pada masa itu. Dia lahir pada 9 Oktober 1966 graduasi dari Institut Teknologi Mara (ITM) dalam bidang perakaunan.


Menurut kawan-kawan, Aman adalah seorang yang peramah suka bergaul memang banyak kenalan dan network. Masa berlakunya kejadian itu, Aman bekerja sebagai pegawai bank di Hock Hua Bank Jalan Raja Laut. Di didakwa di mahkamah atas 7 tuduhan menipu Bank Negara melalui komputer yang melibatkan wang  berjumlah lebih daripada 3 juta ringgit. 


Setelah bertahun bekerja di situ, majikan melihat potensi Aman ni, pihak atasan telah menghantar Aman untuk menjalani kursus komputer. Selepas balik dari kursus itu Aman yang berkemahiran tinggi untuk menjalankan operasi dinaikkan pangkat sebagai ketua di Jabatan Pemprosesan SPEED iaitu Sitem Pemindahan Elektronik untuk dana dan sekuriti. Pada tahun 2020 hasil dari interview dengan Aman dia pun tak tahu macam mana dia boleh berada di department SPEED. Kalau mengikut dari cerita kononnya dia mengambil setiap satu sen dari akaun melalui setiap transaksi dari satu bank ke akaun lain sehingga dapat mengumpul RM41 juta, ini bermakna dia bekerja dari 8 pagi hingga 5 petang untuk mengadap benda tu je, yela berapa lama nak capai RM41 juta tu. Ok! Dari situ macam tak logik kan.


Cerita dia bermula dari tahun 1989, setelah Aman attend beberapa seminar dan melawat beberapa buah negara Aman sedar bahawa ada kekurangan dalam sistem perbankan di Malaysia. Dia juga telah menyuarakan pendapat dia tapi orang atasan campak proposal dia dalam tong sampah. Sebagai orang muda bila idea kita ditolak benda tu buat kita menjadi geram. Dia berfikir takkan bila nak propose something kita mesti jadi orang atasan atau kau kena jadi anak sedara boss lepas tu apa guna walaupun budak bawah tapi kalau dia bijak selalu beri idea kenapa tak nak terima. So pada masa tu walaupun dia dah naik pangkat dia decide untuk meletakkan jawatan di bank tersebut. 


Ok macam mana Aman boleh tertangkap? pada tahun 1990 Aman muncul di rancangan Sekapur Sireh di TV3, kalau sekarang macam rancangan Nona. Rancangan yang Aman keluar tu pada 3 Jun 1990 dia adalah siaran pertunjukan kereta mewah di KL Plaza, so dalam siaran tu Aman ada, dia pun menunjukkan koleksi kereta mewah yang dia ada Porschea, Lamborghini dia pun ceritala kelebihan kereta itu ini. 


Nak dijadikan cerita pengurus bank atau ex boss Aman Shah ni dia tengok siaran ni masa tu, jadi dia rasa terkejut dan tak logik Aman Shah pegawai bank bergaji RM1800 dah berhenti kerja mampu beli kereta-kereta tu. So disebabkan ini pengurus bank itu terus jumpa juruaudit untuk melakukan audit terhadap kesemua transaksi yang melibatkan Aman Shah secara direct dan tak perlu berteka teki memang kantoi terus, boss nya itu puas hati dapat semua bukti dia terus membuat laporan polis di Balai Champbell pada 8 Jun 1990 dua bulan selepas Aman berhenti kerja. 


Jadi pada 11 Jun 1990 Aman akhirnya ditangkap dapat aduan dari Bank Hock Hua tu la, dan Aman didakwa kerana melakukan pemindahan duit melalui sistem elektronik dana dan sekuriti SPEED, yang kita cakap tadi la Aman ditemuramah dia pun pelik macam mana pulak dia boleh berada di department SPEED tu.


Jadi pada 25 Jun 1990 Aman dibicarakan di mahkamah dan dia mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan itu dan perbicaraan seterusnya berlangsung pada 7 Januari 1991. Pertuduhan-pertuduhan tadi semua ada tujuh, dan pertuduhan pertama adalah pada 13 Mac 1990 Aman Shah melakukan penipuan pengurusan Bank Negara untuk serahkan RM765,343.40 dan mengemukakan arahan palsu melalui SPEED. Wang itu adalah milik Hock Hua Berhad tapi orang duk cakap dia curi duit satu sen satu sen dari customer, tapi ada beberapa berita lain menafikan itu adalah duit customer sebaliknya itu adalah keuntungan bank itu sendiri. Bukanlah duit customer! Dan duit ini dipindahkan ke akaun Bistro Advertising Agensi yang mana company ni milik Aman Shah.


Pertuduhan kedua adalah dia melakukan pada 16 Mac 1990 tiga hari selepas melakukan pertuduhan pertama. Kali ini dia melakukan cara yang sama tapi dia mengarahkan Bank Negara menyerahkan RM634,656.40 dari Bank Hock Hua ke akaun Bistronya. Pertuduhan ketiga pada 23 Mac dia melakukan RM882,629.80, pertuduhan keempat pada 27 Mac RM717,370.20. Ini adalah pertuduhan secara direct. Manakala lagi tiga adalah penyalahgunaan kuasa termasuklah pada 12 Januari 1990 RM88,566, pada 19 Januari 1990 RM411,344 dan yang terakhir pada 9 Februari melibatkan amaun sebanyak RM510,000. Kesemua kesalahan ini didakwa di bawah seskyen 409 yang membawa kepada 20 tahun maksimum penjara dan denda. 


Jika sekarang dengan sistem keselamatan yang canggih perlu TAC number untuk pengesahan even kakitangan dalam bank pun bukan mudah untuk melakukannya, tapi dulu sistem pemindahan duit ini masih lagi dengan sistem buku akaun yang kena kemaskini secara manual dekat kaunter kira takde sekuriti sangatla sistem perbankan pada masa tu. 


Jadi masa perbicaraan hakim mahkamah Encik Abdul Rahman membenarkan Aman Shah diikat jamin sebanyak RM200,000 dengan dua orang penjamin tapi passport Aman Shah kena serahkan pada mahkamah. Namun Timbalan Pendakwaraya Encik Zainal Azam mencadangkan menaikkan wang jaminan sebanyak RM300,000 dengan dua penjamin. Dan Encik Zainal Azam juga meminta mahkamah melakukan perbicaraan 4 tuduhan utama tadi secara serentak. Peguambela Aman Shah membantah wang jaminan dinaikkan Timbalan Pendakwaraya bahkan meminta wang jaminan diturunkan ke RM100,000. Peguambela Aman Shah juga menambah lagipun Aman Shah dipukul di kepala haritu oleh pihak polis dan oleh itu dia dimasukkan ke hospital tetapi Timbalan Pendakwaraya mengatakan itu hanya auta sebab haritu kata jatuh masa ambil wuduk tapi lain pula ceritanya.


Dan kes ini agak susah nak terlepas, sebab mahkamah telah ada semua bukti dan rekod termasuk polis telah merampas 6 buah kereta mewah Aman Shah. 3 buah Porshea, sebuah Lamborghini, sebuah Mercedes dan sebuah BMW. 



Masa kereta mewah itu dirampas, kereta itu disimpan oleh girlfriend Aman Shah iaitu Raha Binti Abu. Semua kereta ini dibeli secara tunai melalui rekod pembelian oleh pihak polis. 


Macam yang dijanjikan tadi perbicaraan seterusnya 7 Januari 1991 Aman Shah telah dijatuhi hukuman kerena menipu wang berjumlah RM4 juta milik majikannya. Aman Shah dijatuhkan hukuman 5 tahun penjara. Melalui pengalaman warden penjara ketika itu Aman Shah dilayan istimewa kerana mungkin jenayah nya di ofis bukan melibatkan apa-apa fizikal dan mungkin seorang bijak cerdik dia dilayan sebegitu. 



Mungkin ramai yang mengatakan kenapa pendek sangat jangka masa hukuman 5 tahun tu kerana melibatkan wang juta-juta, sebenarnya dari 5 tahun tu Aman Shah hanya lalui 3 tahun setengah saja di penjara sebab hasil dari pemantauan dan rekod bersihnya dan disiplin dia dibebaskan. 


Tambahan lagi hakim pun menyatakan dan consider yang Aman Shah masih muda lagi dah memegang jawatan tinggi mungkin sebab nak menunjuk mahkamah memberi tempoh hukuman hanya 5 tahun dan dia berpotensi menjadi lebih baik dengan ilmu yang dia ada.



Selepas tularnya banyak cerita palsu, dan tak kena pada Disember 2020 Aman Shah dia decide untui muncul balik di media di kaca tv bagi statement dia pulak sebab selama ni dia asyik dengar orang cakap itu ini. Jadi Aman Shah nafikan sekeras-kerasnya yang jutawan 1 sen tu, dia tak buat semua tu mengambil duit customer dia tak buat. Dia juga mengakui masa interview tu dia ada background IT dan ada company masa tu. Dia juga menyatakan masa dia berumur 10 tahun sudah didedahkan dengan komputer lebih kurang pada tahun 1970, even komputer pada masa tu mungkin perisiannya belum dikategori canggih tapi orang kata hanya orang bertuah je boleh dapat komputer masa tu yela sebab susah kan pada zaman tu. 


Ok pada masa sesi interview tahun 2020 tu, ada benda Aman Shah perjelaskan, duit 1 sen duit customer memang bukan ceritanya, dia tak curi pun duit customer. Dia akui dia ambil duit bank pada masa tu dan itu adalah duit keuntungan bank and i gunakan dengan kaedah investment sebagai contoh "You ada RM100,000 i pinjam jap then i put somewhere i make RM150,000 i letak balik RM100,000 dalam bank you i take RM50,000 i curi ke duit you? No i tak curi duit you ada lagi" kata Aman Shah.


Tapi terfikir juga kalau Aman Shah kata begitu dimana kerugian bank tu kalau dia letak balik duit tu, dan apakah investment Aman masa tu hanya setengah jam boleh pulangan RM50,000. Kata Aman Shah lagi masa dah nak dekat kantoi tu dia dah siap beli tiket ke Mexico semua untuk lari ke sana, masa tu dia buat pilihan dia letak tiket kapal terbang di sebelah sini dan gambar mak ayah sebelah sana. Dia fikir kalau dia lari pun dia kena buat plastik surgeri untuk tukar wajah, sebab bila dah buat jenayah lari ke luar negara kalau nak balik pun tetap susah. Then dia fikir lagi kalau dia lari polis pun tetap mengekori mak ayah dia kot Aman ada hubungi mereka. So benda tu susah membuat dia decide mengoyakkan tiket kapal terbang tu dan dia akui dia salah masa tu dan terima apa saja hukuman asal hukuman tu tak jauhkan dia daripada mak ayahnya.

Post a Comment

0 Comments