Kabinet Ismail Sabri Akan Diumumkan Esok Jam 11 Pagi

 


Pengumuman anggota kabinet diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bakal diumumkan pada jam 11 pagi esok pada Jumaat 27 Ogos 2021.


Pejabat Perdana Menteri (PMO) memaklumkan kepada pemberita, majlis angkat sumpah Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Persekutuan itu akan berlangsung Isnin depan jam 2.30 Petang.


Sementara itu, Yang Di-Pertuan Agong telah perkenankan senarai jemaah menteri yang dipilih Perdana Menteri Datuk Ismail Sabri.


Lintas langsung akan berada di kaca tv pada jam 10 pagi esok.

Post a Comment

0 Comments