Kecoh aktiviti pembalakan di Gunung Jerai lepas kejadian banjir di Kedah Semalam

 


Selepas negeri Kedah diuji banjir yang agak teruk semalam, tular di media sosial yang ramai memuat naik status gambar di Facebook ada tekong membuat aktiviti pembalakan haram di Gunung Jerai.


Kayu-Kayu balak bergelimpangan di depan Markas Latihan Pusat Gerakan Am Tupah Bedong Kedah

Kenapa pembalakan?


Terdapat kayu balak bergelimpangan di tengah jalan lepas dihanyutkan banjir semalam.


Kayu balak itu dilihat telah menghalangi jalan raya dan menyurkarkan pengguna mahu melalui jalan tersebut.


Tidak lama selepas itu orang awam dilihat mengambil gambar kayu balak di tengah jalan dan memuat naik di Facebook mengatakan seolah-olah ada aktiviti pembalakan haram berlaku di atas (Gunung Jerai).


Hal itu berlaku kekecohan di Group Facebook Info Semasa Kedah yang mana ramai meluahkan rasa kesal dengan aktiviti itu.


Namun, kerajaan negeri telah disahkan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan juga Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang mana kayu balak tersebut adalah hasil dari kerja pemotongan dan kerja-kerja pembersihan.


Berita tersebut tidak patut berlaku, kata pihak JKR bila ditemuramah.


Terkini semalam di daerah Yan, Kedah telah berlaku banjir besar yang telah meranapkan lebih kurang 200 biji buah rumah. Melihat video yang berjaya dirakamkan oleh orang awam, terlihat air yang sangat deras.


Keadaan hujan yang tidak henti-henti selama dua hari itu telah menggusarkan penduduk kawasan situ selepas dinaiki air terlalu tinggi, kata seorang penduduk.


Diberitakan ada pencarian mangsa oleh pihak bomba sekarang ini, semoga Allah permudahkan urusan yang sulit ini.

Post a Comment

0 Comments