Kenyataan Terkini Anwar Ibrahim | Tak tahu baik diam

 


Cabaran bagi pembangkang selepas ini adalah perlu berusaha lebih gigih untuk PRU15. Beliau berkata perlantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri adalah menurut lunas-lunas perlembagaan, demokrasi berparlimen dan sistem raja berperlembagaan.


Katanya dengan penuh takzimnya saya mewakili pembangkang keseluruhannya menjunjung kasih di atas titah Yang Di-Pertuan Agong atas perlantikan Dato Sri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-9.


Bagi pihak kami inilah cabaran pembangkang untuk bekerja lebih gigih bagi menghadapi PRU yang ke 15.


Anwar sebelum ini mendapat sokongan 105 ahli parlimen berbanding Dato Sri Ismail sebanyak 114 ahli parlimen. 


Usaha juga perlu diteruskan bagi mengatasi wabak covid-19 ini dan memulihkan ekonomi negara, tambahnya lagi buat pimpinan dan anggota pendokong dia menggesa semua terima keputusan ini dengan kecekalan yang jitu untuk bekerja keras dan bekerja lebih gigih bagi PRU15 agar kita dapat memenangi semula mandat rakyat yang telah kita terima dalam PRU yang lalu.


Katanya lagi Perdana Menteri baru dilantik selepas 15 orang ahli parlimen UMNO menarik diri dari sokongan kepada Tan Sri Muhyidin, dan oleh itu 15 ahli parlimen bersetuju kembali untuk menyokong Parti Perikatan Nasional apabila Dato Ismail Sabri dilantik sebagai Perdana Menteri. Jadi adakah anda lihat siapa yang tikam belakang siapa sekarang ini, masih tuding kepada saya?

Post a Comment

0 Comments