'Kerana Ditolak "Cintanya" Dan Terlalu "Obses", Lelaki Ini Melakukan Tindakan Kej4mnya'..

 


Kerana cintanya ditolak seorang tetuduh dipercayai telah membu.nuh mangsa dengan 26 tika.man dan 4 luka hirisan di badan mangsa. Tertuduh Othman A Aziz berusia 61 tahun dipercayai telah membu.nuh Ratna Sufizzahriyanti Omar berusia 23 tahun.


Kejadian itu berlaku di bilik rumah sewa tertuduh di Taman Mahkota Jalan Stadium antara 8.45 malam 2 Mei 2011 hingga pagi 3 Mei 2011. 


Mangsa yang bekerja sebagai jurutera di Kilang Komponen Automotif selepas menamatkan pengajian di Universiti Kabangsaan Malaysia. Mangsa dipercayai pergi ke rumah sewa tertuduh untuk putuskan hubungan cinta mereka.


Tertuduh yang bekerja sebagai tukang masak tidak dapat terima hakikat dan telah meni.kam mangsa di dada serta tangan selepas berlaku pertengkaran di bilik rumah sewa tertuduh.


Kisahnya bermula apabila pada malam kejadian tertuduh yang berada di restoran seperti agak gelisah, mundar mandir ke sana ke mari, dia kemudian pergi berjumpa majikannya untuk meminta pelepasan sekejap untuk pulang ke rumahnya, selepas dua jam tertuduh telah kembali ke restoran dengan keadaan gelisah dan tak tentu arah. Kemudian majikannya kehairanan dan melihat tertuduh tak tentu arah terus memanggil majikannya duduk di situ dan menceritakan apa yang terjadi. Kemudian tertuduh menceritakan dia telah bu.nuh orang, beg barangan mangsa kemudian ditunjuk tertuduh dan terlihat barang-barang peribadi mangsa ada di dalam beg itu. Seakan-akan tidak percaya tertuduh mahu menunjukkan pisau yang dia gunakan untuk membu.nuh tetapi majikannya tidak mahu melihat, dan kemudian majikannya menyuruh tertuduh menyerah diri di Balai Polis Kota Setar. Tertuduh yang datang ke balai sambil memegang pisau terus berkata 'Tuan saya dah bunuh orang'. Kesemua anggota polis yang berada di situ tergamam apa yang dikatakan tertuduh. 


Selepas itu, polis dan tertuduh telah pergi semula ke rumah sewanyaa untuk mengenal pasti apa yang terjadi. Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata berdasarkan maklumat awal mangsa telah pergi ke rumah tertuduh untuk memutuskan hubungan cinta mereka dan kemudian berlaku pertengkaran sebelum kejadian bu.nuh.


Tertuduh yang berasal dari Johor telah mempunyai keluarga direman satu minggu oleh polis bagi membantu siasatan. Kes disiasat di bawah seksyen 302 kerana membu.nuh dengan niat. Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah untuk dibedah siasat.


Seorang ahli keluarga mangsa namun enggan didedahkan maklumat berkata polis telah memberitahu kejadian itu pada jam 3.30 pagi dan membuat keseluruhan keluarganya terkejut.


Ini kerana mereka telah menunggu mangsa dari jam 7.30 malam lagi, setiap hari mangsa memandu kereta dari Pendang ke Gurun untuk ke tempat kerja dan dia tidak pernah pulang lewat. Pernah mangsa bagitahu dia nak jumpa seorang lelaki itupun sekali. Mangsa yang kenal tertuduh sejak enam tahun lalu dan telah mempunyai keluarga di Johor.


Perbicaraan Bermula


Laporan mengatakan tertuduh telah membu.nuh mangsa dengan 26 tika.mam dan 4 luka hirisan, namun peguam bela berhujah untuk mempertahankan anak guamnya yang mana tertuduh tidak sengaja dan tak berniat untuk melakukannya, tertuduh hanya menyedari apabila badan mangsa sudah berada di atas lantai. Kemudian peguam bela memohon mahkamah untuk merujuk tertuduh ke Hospital Bahagia Tanjong Rambutan, namun hasil pemerhatian dan pemeriksaan tertuduh waras ketika berlaku pembu.nuhan. Hakim telah mengambil keputusan untuk menolah hujah peguam. Othman sempat berkata "saya memohon maaf pada anak dan isteri atas kelakuan diri dan tertuduh sempat membaca teks di nota kertas dan berkata sudah insaf sambil menangis".


Keputusan Akhir


Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd Zaki Abdul Wahab menjatuhkan hukuman gantung sampai ma.ti setelah mahkamah berjaya membuktikan keraguan munasabah. Othman memakai baju T berkolar warna putih dan seluar sukan hanya tenang mendengar keputusan di samping isteri dan seorang anak menahan sebak bila mendengar keputusan itu sebelum tertuduh dibenarkan kembali ke tempat duduk awam. Mohd Zaki dalam penghakimannya berkata, keterangan pihak pendakwaan berjaya membuktikan bahawa Ratna meninggal dunia akibat kecederaan pada bahagian badan disebabkan oleh Othman. Pakar Patologi mengesahkan terdapat 26 luka tika.man dan empat hirisan ditemui di bahagian toraks mangsa terutamanya di dada dan belakang menembusi organ utama seterusnya menyebabkan kema.tian mangsa. Justeru itu, permohonan tertuduh untuk mengurangkan hukuman ditolak walaupun tertuduh berkata dia sebenarnya tidak waras semasa berlaku kejadiaan yang dia sedar apabila mangsa telah tertiarap di atas lantai dengan berlumuran darah namun mahkamah tetap menolaknya kerana hasil forensik membuktikan pembu.nuhan itu dilakukan dengan niat dan sengaja.


Ketika prosiding ibu dan adik mangsa turut hadir mendengar keputusan enggan ditemubual. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Nor Hasnita Wan Daud sementata tertuduh diwakili peguam A J Surinarayanan. 


Semoga Allahyarhamah ditempatkan dalam golongan orang beriman. Alfatihah

Post a Comment

0 Comments