Kerana persenda soal Munkar Nakir, Azwan Ali dikecam biadap

 


Persoalannya adakah perkara agama pun nak dibuat bahan lawak? Disebabkan nak meraih penonton/pendengar untuk melihat rancangan kita bolehkah kita cakap yang boleh berbahayakan akidah kita? 


Seorang pengacara tv, selebriti terkenal hari ini telah mencetuskan kontroversi apabila terlalu biadap dan seolah-olah mempersendakan agama apabila diajukan soalan Munkar dan Nakir. 


Melalui video podcats yang dikongsi di Twitter hasil terbitan penyampai radio Singapura, OKLETSGO. 


Apa yang terjadi adalah pendengar podcast mengajukan soalan pada Azwan Ali "apa persiapan Diva AA bila bertemu malaikat Munkar dan Nakir? 


Azwan Ali pun menjawab soalan itu dengan bersahaja, kita sebagai pendengar mungkin mula-mula akan fikir try hard sangat nak buat lawak, dah lama fikir jawapan dia ni keterlaluan seolah-olah mempersendakan agama, lepas tu disambut pula dengan gelak tawa dua penyampai radio.


"Aku akan sound Munkar dan Nakir suruh sebat mak bapak kau dulu", jawabnya.


Hasil daripada segmen yang menjemput Azwan Ali itu, dia dikecam ramai netizen kerana content yang mempersendakan agama, ada yang kata tak boleh ke tukar soalan lain? Kau pula Azwan Ali kalau soalan tak betul pun cuba try jangan jawab. Dan macam-macam lagi la.



Video tersebut juga mendapat perhatian personaliti tv terkenal Fedtri Yahya meluahkan rasa kecewa apabila ilmu agama diperbuat main-main.



Tambahan lagi video itu turut mendapat respon daripada pendakwah terkenal Ustaz Abdullah Khairi yang turut kesal dengan perkara itu.


"Buat lawak tu boleh bagi menghiburkan sesuatu keadaan tapi janganlah sampai perkara ghaib pun dibahan jenakakan". Nampak kita ni jahil dan kita gerun bila melihatnya. Allahuakbar.

Post a Comment

0 Comments