Kisah disebalik tragedi 12 remaja dan jurulatih terperangkap dalam gua yang tidak didedahkan media

 


Mengimbau kembali tragedi yang menggemparkan dunia satu ketika dulu di mana 12 remaja dan jurulatih bola sepak terperangkap di dalam sebuah gua selama 10 hari taman bekalan makanan.


Tahukah anda? Setelah azan dan zikir dialunkan di dalam gua oleh seorang alim, dengan kuasa Allah penyelam berjaya menjumpai lokasi mangsa. Cerita disebalik tragedi tersebut tidak di war-warkan di dalam media antarabangsa. Ikuti kronologi tragedi ini yang diceritakan semula oleh Khairul Azli. 


Bercerita pasal gua terbesar di dunia sebelum ini, mengajak saya meneroka di dalam alam maya mengenai gua. Saya yang pernah menonton filem The Cave kisah  ayah seorang jutawan dan anaknya terperangkap di dalam gua. Maka terjumpalah kisah 12 orang dari pasukan bola sepak sekolah di Thailand dan jurulatihnya yang teperangkap di dalam gua Tham Luang, Di Chiang Rai selama 10 hari.


Begini kisahnya.

Bermula dari ingin menyambut hari jadi, salah seorang ahli pasukan bola sepak Moo  Paa. Jurulatih Ekkapol Janthawong 25 tahun, mengajak mereka untuk meneroka gua Tham Luang dan mengukir nama mereka di dinding gua.


Dalam keseronokan meneroka gua yang agak mencabar itu, tanpa disedari hujan lebat telah melanda gua dan air telah menutup laluan mereka untuk keluar. Malah mereka terpaksa memasuki ke dalam lagi kerana air semakin banyak sehingga 4km dari mulut gua..



Tanpa makanan dan suasana yang gelap gelita mereka bertahan hidup selama 10 hari sebelum dijumpai. Hanya berbekalkan lampu suluh yang mereka bawa. Mujurlah jurulatihnya bekas sami budha. Mengajar semua anak buahnya bertafakur bernafas perlahan lahan kerana bimbang kandungan oksigen di dalam gua berkurang.


 Mereka hanya bertahan hidup dengan meminum air yang keluar dari dinding gua. 

(Pergh.. Memang survival betul..) 

Jadi macam mana mereka diselamatkan.. 

(Jeng.. Jeng.. Jeng... 

Mesti korang nak tahu kan..)


Kehilangan mereka ini telah tersebar hampir ke seluruh dunia. Sehinggakan ramai penyelamat dari China, Myanmar, Loas, Australia, USA dan juga Britain. (Tapi Malaysia tak hantar pun) 

Datang untuk membantu menyelamatkan mereka. 


Setelah seminggu operasi mencari, pelbagai kaedah, tektikal, yang diguna pakai tidak berupaya menjumpai mereka. Segala teknologi dan alatan canggih digunakan tidak mendatangkan hasil. Sehingga kan sami sami budha yang hebat di Thailand datang mencuba untuk mengesan mereka ini tetap gagal. 


Maksudnya tidak ada lagi teknologi, ilmu pengetahuan, kepercayaan agama budha mereka (macam bomoh siam.. Kan power Black magic bomoh siam). Dapat menolong mereka. 

Sehinggalah.. 


jeng.. Jeng.. Jeng..


Datang lah seorang lelaki Alim berkulit gelap dan berkopiah putih masuk ke dalam gua berzikir dan melaungkan azan.Bersamaan dengan masa laungan azan bergema dan seterusnya laungan zikir. 


 Dua orang penyelam Britain sedang menyelam ke dasar Gua sehingga mereka berjumpa dengan ke 12 orang budak bersama juru latihnya. Dengan penemuan ini juru selam Britain itu kembali kepada orang ramai di muka gua.


"ke semua mereka 13 orang masih hidup, dan kami sudah menemuinya"


Maka 1000 orang yang berada di muka gua gembira serta menangis kerana menyangka sebelum ini mereka pasti sudah mati. 

Ada satu Rakaman dalam You Tube menceritakan betapa berterima kasihnya mereka kepada orang Alim tadi yang melaungkan azan ke dalam Gua tersebut.


Tetapi biasa lah.. Dari laman sesawang yang terkenal tidak menceritakan mengenai perihal laungan azan ini. Sahabat semua boleh cari kat YouTube. Walaupun cerita belum habis lagi, saya Ringkaskan (takut sahabat semua jemu pulak tulis panjang panjang.


Setelah mereka dijumpai, maka bermula operasi menyelamat untuk mengeluarkan mereka dari dasar gua yang jalannya dipenuhi dengan air lumpur yang berkelodak. Mereka mengeluarkan seorang demi seorang dengan bantuan tangki oksigen. 


Namun begitu, operasi menyelamat di bayar dengan harga yang mahal kerana salah seorang penyelamat yang mahu menghantar tong oksigen kepada mereka yang terperangkap mati kerana tangki oksigennya telah kosong. Dia adalah bekas anggota SEAL Thailand. Dia menjadi wira operasi menyelamat ini. Akhirnya.. 


Kesemua mereka berjaya diselamatkan.. 

Dengan Izin Allah SWT... 

Tapi saya cuma mahu menyentuh.. Walau apa pun ikhtiar kita jangan sekali kali kita melupakan pertolongan Allah SWT.. Bertawakallah kepadanya..


Dan tatkala kita tersekat di dalam hutan atau mencari orang hilang maka laungkanlah azan, dan berzikirlah.. Mudah mudahan Allah SWT akan membantu kita. 








Post a Comment

0 Comments