Kisah Menyentuh Hati, Kerajaan Membela Nasib Rakyatnya

 


Sebuah kisah yang menyentuh hati.


Menunjukkan keperihatinan para pemimpin ke atas rakyatnya. Inilah kisah kerajaan Japan yang membela nasib rakyatnya.


Stesen Keretapi Kyu-Shirataki bercadang untuk menutup laluannya di daerah daerah terpencil kerana terlalu sedikit penumpang sehingga tiada langsung penumpang mahu menggunakan perkhidmatan keretapi.


Namun begitu mereka menyedari ada seorang pelajar perempuan sekolah menengah yang masih menggunakan perkhidmatan keretapi.



Oleh kerana dia tinggal di kawasan pedalaman yang terpencil, maka perkhidmatan keretapi lah satu satunya cara untuk dia ke sekolah.


Maka kerajaan Japan mengarahkan stesen keretapi meneruskan operasi mereka dua kali dalam sehari di mana satu perjalanan mengambil pelajar ini ke sekolah dan satu perjalanan lagi waktu pelajar itu kembali ke rumahnya.


(maksudnya pelajar perempuan ini pergi sekolah menaiki keretapi yang khusus untuk dirinya sahaja, pergh.... )


Dan Stesen Keretapi itu beroperasi selama setahun sehinggalah pelajar perempuan itu tadi menamatkan persekolahan menengahnya.


Baik betul kerajaan Japan ini.. Moga moga kita juga akan mendapat sebuah kerajaan yang begitu perihatin dan mengutamakan kesusahan rakyatnya. Inilah yang dikatakan rakyat di dahulukan.


Maka marilah kita berdoa kepada Allah SWT agar dapat menganugerahkan kita dengan pemimpin yang adil dan berhati mulia.

Post a Comment

0 Comments