Lelaki ini solat dan sujud syukur selepas kemalangan disebelah keretanya yang remuk

 



Lelaki ini dalam perjalanan ke wilayah Aydın, Turki, ketika sebuah bas melanggar keretanya dan terbalik beberapa kali. Semua orang menyangka pemandu itu mati, tetapi dia selamat. 


Perkara pertama yang dia lakukan setelah keluar dari kereta adalah menunaikan solat dan sujud syukur, kemudian menelefon keluarganya.


 "Bagaimana saya dapat melupakan Tuhan saya ketika Dia dengan bermurah hati memberi saya peluang untuk hidup"


Dalam Islam, sujud syukur boleh dilakukan ketika mendapat khabar gembira atau terlepas daripada musibah





Kaedah sujud syukur


Terdapat 4 langkah untuk melakukan sujud syukur dengan cara yang betul:


1)Pastikan anda sudah mengambil wudhu dan diri anda dalam keadaan berwudhu.

2)Menghadap kiblat.

3)Membaca niat sebelum anda memulakan sujud syukur.

4)Mengangkat takbiratul ihram sebelum ke posisi sujud.

Sujud (Anda hanya perlu melakukan sujud sekali sahaja).

Bangun daripada sujud (duduk antara dua sujud) dan memberi salam.

 


Niat sujud syukur


Untuk memudahkan, ini niat dalam Bahasa Melayu:


“Sahaja aku sujud syukur sunat kerana Allah Ta’ala”


 

Bacaan ketika anda sedang sujud syukur


Untuk bacaan dan doa dalam Bahasa Melayu, boleh baca dalam hati sahaja:


“Maha suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan selain Allah, Allah Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali atas pertolongan Allah yang Maha Tinggi Maha Agung”


Sekiranya anda mengalami kesukaran untuk mengingatinya, tidak mengapa anda boleh sahaja membaca bacaan yang selalu dibaca sewaktu sujud atau cukup anda ucapkan “Alhamdulillah”.


Syarat sah sujud syukur


-Berwudhu’.

-Menghadap kiblat.

-Menutup aurat.

-Suci daripada hadas dan tempat sujud bersih.

 

 

Sujud syukur tanpa wudhu dan tak menghadap kiblat?? 


Bagi yang berpendapat sedemikian, berikut adalah alasan serta justifikasi bagi menyokong pendapat mereka:


Pendapat yang mengatakan bahawa sujud syukur memerlukan wuduk perlu mendatangkan dalil. Mengqiyaskan sujud syukur dengan solat adalah tidak tepat kerana sujud syukur itu adalah sujud dan bukannya seperti solat.


Zahir hadis Abu Bakrah RA yang menunjukkan bahawa Nabi SAW terus sujud tatkala menerima sesuatu yang menggembirakan Baginda. Tiada pula disebutkan perlunya dalam keadaan berwuduk.


 Sekiranya memerlukan wuduk pasti akan diterangkan oleh Baginda SAW kerana berhajatkan kepadanya bahkan hadis menyebutkan Nabi SAW terus sujud tatkala menerima khabar yang gembira.


Sujud dilakukan apabila mendapat nikmat atau terselamat dari mudarat tanda syukur kepada Allah SWT. Ianya dilakukan secara serta merta. Jika memerlukan kepada wuduk, sudah tentu ianya tidak dapat dilakukan dengan segera kerana perlu mencari air untuk berwuduk, mencari kiblat kemudian barulah boleh melakukan sujud. Ini boleh menghilangkan rahsia makna disyariatkan sujud syukur itu sendiri.

Post a Comment

0 Comments