Lepas Saja Siasatan Polis Ustaz Ebit Lew Terus Ke Yan Kedah Untuk Misi Bantuan

 


Alangkah murninya seorang insan bernama Ebit Lew. Kita lupakan sekejap apa yang berlaku kerana ianya masih dalam siasatan polis. Tolong juga jangan menganggu siasatan polis dan konsentrasi Ustaz yang masih semangat turun padang.


Terdahulu polis datang ke rumah Ustaz Ebit Lew hanya bagi lengkapkan siasatan, bukan geledah secara sembrono. Ini telah dijelaskan oleh Pihak Polis dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman "kami bukan datang secara sembrono dan geledah, hanya minta masuk rumah untuk lengkapkan siasatan".




Ebit Lew juga selamat tiba di Yan Kedah hari ini untuk meneruskan misi bantuan bagi mangsa banjir. Terdapat beberapa buah rumah telah rosak dinaiki air. Ada juga kenderaan yang telah tersadai kerana masuk air.


Kelmarin air yang datang dari arah Gunung Jerai seolah-olah telah muntahkan semuanya, yang mana sebelum ini air di kawasan tarikan pelancong itu jernih dan bersih.


Misi bantuan Ebit Lew telah bermula hari ini dan disambung esok.



Post a Comment

0 Comments