Letak Pemberat Dalam Urusan Timbang Buah [Video] - Istidraj jika makan duit hasil haram tetap sihat

 


Sebagai pengajaran kepada kita sebagai umat Islam, perbuatan menipu adalah salah di sisi agama, walaupun menipu untuk kepentingan diri. 


Pernah dengar Istidraj, dulu ada seorang kaki nombor ekor selalu menang duit haram, bawa balik rezeki untuk anak dan bini. Makanlah mereka dengan penuh pengharapan yang suami nya beli dengan hasil keberkatan. Hidup sihat, tiada ujian sakit, duit masuk saja, tapi cuma satu Allah tunjuk tiada nikmat kebahagiaan dalam rumah tangga. Suami jadi pemarah, stress je hisap rokok, hidayah tiada petunjuk tiada, roh Islam di rumah tiada, sehinggalah anak jatuh sakit. Akhirnya berpisah kerana sifat suami yang kaki pukul suka kalah berjudi.


Seperti juga dalam video ini, tipu dalam jual beli nampak simple tapi keberkatan takde, sanggup nak untung lebih letak pemberat. Di hadapan manis mulut baik tapi di belakang MasyaAllah hanya Allah yang tahu.


Jadilah kita sebagai hamba ALLAH yang baik penuh rasa syukur apa yang ada, kalau ingin lebih perlu usaha lebih. Kelebihan pada orang bukan satu tiket untuk kita menipu bahkan kekurangan pada kita jadikan sebagai harapan kita untuk dicepatkan hisab. Hutang wajib bayar, zakat wajib keluar. Sedekah selalu pasti Allah jaga.

Post a Comment

0 Comments