"Macam mana pula dengan ini, Anwar bagi khutbah jumaat dalam bahasa inggeris lagi"... [Video] - Anwar berkhutbah di Australia

 


Macam-macam bila fikir mengenai politik ni, orang bawahan gaduh sana sini, orang atas rileks je geng. Kan. Tapi tak menjadi masalah jika berita itu adalah fakta, mengenai hal ekonomi negara, tidak menganggu sentimen bangsa dan menggugat keamanan cerita politik ni boleh diwar-warkan.


Mengenai Isu Tan Sri Muhyidin Yaasin seorang anak Ulama Besar negeri Johor semasa arwah Ayahandanya masih hidup, Tan Sri Muhyidin juga diberi pendidikan agama yang cukup, asas agama dan mengenai hukum-hukum agama. Sebab itu soal Tan Sri Muhyidin sebelum ini menjawat jawatan Perdana Menteri disukai rakyat kerana pandai membaca doa, takbir raya, mengimamkan solat jemaah, itu sudah semestinya menjadi kebanggaan buat rakyat Malaysia.


Namun, dalam masa yang sama timbul pula senang cerita penyokong Anwar Ibrahim juga, telah berkongsi video yang mana Dato Seri Anwar Ibrahim pandai juga membaca doa, beri khutbah pada hari jumaat di Masjid Abou Bakar di Adelaide Australia, siap dalam bahasa Inggeris lagi.


Tambahan lagi dia juga menyatakan "korang yang puji sangat Mahiaddin, rasa dia boleh buat macam ni ke?"


Sedutan video Anwar Ibrahim menjadi Khatib di salah sebuah Masjid di Australia iaitu Masjid Abou Bakar di Adelaide Australia.


Walau macam mana pun janganlah bergaduh sangat hal politik ni, kita menyokong biarlah berpada dan pilih yang boleh buat kerja untuk rakyat walaupun nama ahli politik tu belum popular. Kita fanatik hanya pada Nabi Solallahualaihiwasallam sebab sosok yang sempurna dan maksum terhindar daripada dosa. Wallahuta'la alam.

Post a Comment

0 Comments