"Matin minta cari gambar ibu, belek-belek jumpa gambar kenangan ni"... Nanti Matin mimpi ibu pesan kat ibu tolongla masuk dalam mimpi daddy rindu sangat nak jumpa ibu


Bila kita rindu sangat seseorang pasti akan menitiskan air mata. Selain dari ibu dan ayah kita rindu, suami atau isteri pergi menghadap ilahi pasti amat terasa kerana pasangan kita lebih memahami diri kita dan kenal lebih dalam. 


Menurut Shuibsepahtu, sebelum arwah pergi ada juga beberapa tingkah laku baru sekarang kita fikir rupanya itulah tanda dia dah nak PERGI.


Semalam belek-belek gambar arwah Siti Sarah, saya jumpa gambar ni, ingat lagi kata-kata dia "B ambikla gambar satu nak buat kenangan", masa tu dia dah sarat mengandung gambar tu dekat permandangan rumah kami kata Shuib.


Lebih memilukan lagi, anak saya yang ketiga Ariq Matin bagitahu dia mimpi ibunya datang, masa mandikan dia "Matin mimpi ibu bawak Ayash bagi Matin, tapi ibu diam je" . Allah sebak pula dengar. Kita dalam hati berkata "sejak dari haritu aku pun tunggu Siti Sarah datang dalam mimpi tapi belum lagi dapat" kata Shuib.


Kata Shuib lagi "nanti kalau ibu datang lagi dalam mimpi, pesan kat ibu tolonglah masuk dalam mimpi daddy rindu sangat ni"


Shuib atau Shahmira Muhamad 37 kehilangan isteri tercinta pada 9 Ogos 2021 jam 5.13 pagi disebabkan Covid survivor. Varian yang datang kali ni terus menyerang paru-paru dan merosakkan paru-paru.


Manakala kandungan iaitu Ayash Affan dapat diselamatkan melalui ceazer pada 6 Ogos Jumaat secara prematured.


Terkini Shuib juga masih tercari-cari lagi ibu susuan buat Ayash Affan, antara rakan artis yang Shuib rapat adalah Jep, kebetulan Sariyanti baru lepas lahirkan anak netizen ada yang buat cadangan isteri Jep itu dijadikan ibu susuan untuk Ayash.


gambar kenangan bersama anak-anak

Selain Ariq Matin, arwah Siti Sarah meninggalkan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ayash Affan yang kini masih berada dalam pemantauan di PPUKM.

Post a Comment

0 Comments