Menghadap Yang Di-Pertuan Agong secara kumpulan mulai 10 pagi hingga 5 petang hari ini

 


Sejumlah 114 ahli parlimen yang dilaporkan menyokong Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri dipanggil menghadap Yang DiPertuan Agong di Istana Negara hari ini.


Menurut sumber, ahli parlimen berkenaan merangkumi pelbagai parti yang membentuk pentadbiran perikatan nasional sebelum ini.


Ini termasuk dari Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak, Parti Bersatu Sabah, STAR serta beberapa ahli bebas. Mereka dijangka menghadap Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dalam beberapa kumpulan mulai 10 pagi hingga 5 petang. 


Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan turut mengesahkan pihak Istana Negara sudah menghantar jemputan kepada semua ahli parlimen yang menyokong pencalonan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri supaya hadir untuk membuat pengesahan. 


Perkembangan itu menyusul setelah Ismail dilaporkan memperoleh sokongan lebih 111 ahli parlimen untuk memperolehi majoriti mudah di Parlimen. 


Laporan sebelum ini menyebut kesemua 220 ahli parlimen telah menyerahkan akuan berkanun bagi calon Perdana Menteri mereka sebelum 4 petang semalam kepada Istana Negara.

Post a Comment

0 Comments