"Mereka "Triggered" Dengan Video 10 Briged Para Kita, Kerana Hanya Ucapan "Two Crossing Sites"...?

 


Siapakah K.Shanmugam?

Kasiviswanathan Shanmugam adalah seorang peguam yang mana bertanding dalam pilihanraya dalam Parti Tindakan Rakyat seterusnya menang dan memegang jawatan menteri di Negara Singapore. Jawatan yang dijawatnya sekarang adalah menteri Undang-Undang dan Menteri Ehwal Dalam Negeri Singapura. Berpendidikan di Universiti Kebangsaan Singapura pada 1984.



Siapakah Khairul Azmizal?

Sebagai Panglima 10 Bgd (Para) yang ke-20, Bridged Jeneral Khairul Azmizal Ahmad Natal bermula tugas di MK 10 Bgd (Para) pada 30 November 2020. Walaupun sebagai no 1 dalam 10 Bgd Para, Khairul Azmizal tetap kekal fit dan pantas berlari sesuai la dengan unit Tindak Pantas. Beliau juga sebagai roll model untuk semua Pegawai Memerintah / Pemerintah dan juga Pegawai Staf Utama kerana pernah mengetuai larian Tachtlon di Rimba Para.


Dengan kehebatan berlari sambil menggenggam raifal M4, dengan lengkap satu set pakaian military gear dan merempuh pelbagai halangan mencerminkan beliau seorang pegawai berkelayakan menyandang title panglima 10 Bgd (para) kerana kekal fit dan pantas berlari dalam apa jua bentuk dugaan.


Kerana berkhidmat sebagai kepala Pasukan Aturgerak Cepat (PAC), beliau sentiasa mengerah semua Pemerintah memastikan kecemerlangan dan disiplin berteraskan 3 prinsip  dan 5 tonggak  yang diamanahkan oleh Panglima Tentera Darat  Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain.

Tular baru-baru ini ucapan Panglima Khairul Azmizal dalam eksesais dan latihan Tindak Pantas menarik perhatian Menteri Ehwal Negeri Singapura. Ringkas cerita 10 Bgd Para lakukan aktiviti eksesais direkodkan sekali video yang mana tak menunjukkan banyak kerahsiaan, planning, taktikal, dalam eksesais itu. Panglima Khairul Azmizal memberi ucapan  berbahasa Inggeris yang mana dalam ucapan itu juga Khairul Azmizal menyentuh tentang “Two crossing site will allow Division forces to punch through to the centre of gravity of the enemy; and must fight to the last drop of blood”. Dan Atm pun upload video kebanggaan negara di facebook pada 9 Ogos 2021.

Objektif utama eksesais itu adalah untuk menilai kompetensi bagi setiap Leading Parachute Battle Group (LPBG) dalam aturgerak Operasi Pasukan Atur Cepat (PAC) dan menguji kepimpinan pemerintah di setiap lapisan dalam aspek kemampuan Memimpin, Memerintah, Melatih dan Mengurus (Lead, Comd, Train and Manage).


Cumanya, Menteri Ehwal Dalam Negeri Singapore tu trigger dengan video tu, dan menteri tu pun update la status di facebook. Sebelum tu untuk pengetahuan 9 Ogos 2021 ni Singapore National Day, so paham2 la ada perasaan sangka buruk mereka dengan video Atm kita atau wallahualam.


Ok admin translate setiap point dia mungkin jadi persoalan dia la, seterusnya telah tercetus sesuatu tidak baik antara rakyat Singapore dengan negara kita. Menteri ke macam tu?? Untuk info status ni dia masih pin post to top lagi di Facebooknya.

Persoalan pertama kenapa Atm upload video latihan ketenteraan itu semasa Hari Kebangsaan Singapura? Kedua video tu seperti tentera kita tuju pada Negara Singapore sebab Khairul Azmizal menyebut Two crosiing Site? Ketiga seperti memerli ucapan panglima kita dalam bahasa inggeris dan siap ada subtitle..dan akhir sekali ayat macam p***mk dia cakap video tu tak banyak pun tunjuk teknologi ketenteraan kita, atau platform atau taktik, yang cuma dorang nampak semua fokus pada ucapan panglima kita untuk hadapi musuh.

Ok, ni admin punya sangkaan makna menteri tu, sebab kalau tengok ayat yang dia update tu tak berani pun cakap lebih seolah-olah nak bagi rakyat singapore berfikir.  Kalau tuan-tuan baca pun mesti anggap macam saya kan, sekarang kalau menteri tu bijak pandai dia kena tampil bagi penjelasan sebab dia telah mencetuskan polemic melampau di kalangan rakyatnya sehingga boleh jejaskan hubungan baik antara kedua negara.

Menurut web Defence Security Asia, tindakan menteri singapura tu seolah-olah mengiyakan pendapat tidak berasas netizen Singapura bahawa Panglima 10 Bgd itu mensasarkan Singapura. Di sini admin faham pada asalnya selepas Atm kita mengupload video tu tentang eksesais 10 bgd Para dan netizen Singapura mula memerli kita di facebook, tapi sebab kan perangai menteri depa tu kita ingatkan dia sebagai menteri perlu tenangkan rakyat dia, atau suruh bertenang yang video Atm Malaysia tu bukan bermaksudkan diorang. Tapi apa yang terjadi adalah Menteri Kanan Singapura tu seolah-olah “mencurah minyak ke api yang sedang marak” seperti menyokong sangkaan buruk rakyat dia. Mentality apa tuan-tuan? Menteri dorang?

Ingatkan admin nak jawab persoalan menteri tu di atas, tapi malas la, kang mentality kita pun sama macam diorang. Kalau hangpa semua nak tolong jawab, jawab kat komen nanti. Haha 

Dari hasil update status menteri tu, korang baca la komen rakyat-rakyat diorang dalam tu, ada yang nyatakan diorang sanggup berjuang bersama-sama hingga ke titisan darah  (menentang imaginary foe), dan ada juga seorang netizen Singapore kata pada Hari Kemerdekaan Malaysia nanti dia bercadang nak buat satu video “istimewa” pula. Tak salah aih cuba la buat kan, nak tengok sejauh mana permainan diorang.


Seperti sedia maklum, Malaysia dan Singapura ni Negara anggota Five Powder Defence Arrangement (FPDA) dan berkongsi kepentingan bersama dalam isu serantau dan antarabangsa daripada kententeraan, keselamatan, hubungan luar, dan seumpamanya. Malaysia dan Singapura juga punyai hubungan ketenteraan yang sangat baik yang kerap kali bertemu di medan latihan bersama. Dalam media juga ada nyatakan walaupun Menteri Kanan tu bukan orang pertama terima notis video panglima 10 Bgd tu, tetapi apabila seorang menteri yang berpengaruh berkata begitu dan turut sama berkongsi video itu maka dia telah membawa isu itu ke satu tahap yang lain.



Sumber: Video panglima 10 Bgd Jeneral Khairul Azmizal, Defense Security Asia, Zairi Channel.

Post a Comment

0 Comments