"Microchip dah ada dalam badan, boleh terima signal 5G"... | abang konspirasi ceritakan

 


Bak kata orang mestilah kena konfiden bila beri pendapat baru orang akan percaya.


Menurut abang ni "dia percaya sesiapa yang telah mengambil vaksin mereka semua telah disuntik satu microchip di dalam badan. Apabila telah dimasukkan microchip itu secara tidak langsung badan kita boleh terima signal 5G, hal ini boleh membahayakan diri kita" katanya.


Menurut abang ni lagi "apabila sistem badan kita telah disuntik nanti boleh merosakkan badan kita dan menyebabkan air dalam badan menjadi kering".


Tambahnya lagi setiap badan yang telah diambil vaksin badannya ada magnet, kerajaan dipersalahkan kerana tidak periksa kerana kandungan dalam vaksin itu mengandungi satu konductor yang lebih berbahaya daripada copper.


Abang ni telah mendapat kecaman para netizen kerana sengaja buat andaian yang tidak berfakta, ini boleh membuatkan negara tidak tenteram kerana mengajar perkara yang sesat pada umum.



Nasihat kepada orang seperti ini janganlah bercakap jika tiada fakta, semoga pakcik ini sedar akan kesilapan dia.

Post a Comment

0 Comments