Motor bapa kehabisan minyak, budak setahun lebih terpaksa duduk tepi jalan

 


Semasa membuat rondaan di zon Perling, dua anggota polis telah terserempak dengan seorang bapa bersama anak berusia lingkungan 1 tahun lebih tersadai di tepi jalan. Mereka kehabisan minyak motor dan kebetulan tiada duit untuk membeli minyak motor. 


Kemudian anggota MPV pergi ke stesen Petronas Taman Perling Jalan Layang untuk membeli minyak untuk dibawakan kepada bapa tersebut. Mereka juga memaklumkan pada penyelia Sarjan Abas untuk dapatkan bantuan makanan. Kemudian Sarjan Abas mengarahkan mereka terus ke Taman Tampoi Indah kebetulan pihak atasan sedang menyampaikan sumbangan.


Semasa berada di lokasi Timbalan KPD bersama pegawai dan anggota membuat kutipan kilat untuk memberi bantuan segera kepada bapa dan anak tersebut. Memandangkan mereka tiada bakul barang untuk mengisi barang-barang bantuan MPV telah menghantar bekalan tersebut terus ke rumah mereka di Masai.


Dalam pada sama sama, MPV menumpangkan anak lelaki berusia satu tahun lebih menaiki kenderaan polis memandangkan tangan kiri bapanya tidak sempurna. Akhirnya mereka sampai di rumah bapa berkenaan di Kampung Orang Aslu Kuala Masai, Masai Johor.


Tahniah dua orang anggota polis tersebut anda wira negara.

Post a Comment

0 Comments