"Patut hidup kita belum lagi bahagia"...ini sebabnya | Ustaz Jawab

 


"Semalam ofis suami ada menjemput ustaz datang untuk memberi ceramah. Ustaz Wadi Anuar. Tajuk ceramah tersebut adalah "Hari pertama di syurga dan neraka". 


Saya minta suami tolong tanyakan pada Ustaz Wadi 


"Bila kita bertaubat, semua kejahatan yang kita buat itu akan terpadam ke dari kitab amalan kita?" 


Ustaz Wadi Annuar pun jawab: 


"Bila kita bertaubat nasuha, semua amalan buruk kita akan terpadam dari kitab amalan. Lebih seronoknya ia tidak akan lagi dipapar ketika di mahsyar". 


Kecuali...


Dosa kita pada sesama manusia. Dosa ini tidak diampunkan kecuali orang itu mengampunkan kita dulu.


Berapa ramai harini dosa kita ambil hak orang, menipu orang, fitnah sana sini, mengata pada orang, mengumpat, mengadu domba, buat orang lain buruk sangka, buat orang bergaduh berkelahi, meruntuhkan rumah tangga orang, kita berhutang pada orang dan apa saja dosa kita pada orang lain tak akan diampunkan melainkan kita sendiri pergi minta ampun pada dia dan dia maafkan.


Bayangkan kita kena tunggu di mahsyar untuk cari dan tunaikan hak orang itu di sana. Bukan sekejap berbiliion umat manusia kita kena cari satu persatu.


Makanya, kalau saya ada buat salah silap saya minta maaf dan ampun jika terasa dan segala apa yang menyusahkan anda semua.


Kita banyak amalan tapi dosa dengan mak ayah di kampung kita tak ambil berat jangan mimpi hidup nak bahagia. Maka bersegeralah memohon ampun pada sesiapa yang kita buat salah.

Post a Comment

0 Comments