"Pemain pingpong ini bukan sahaja menukar kerakyatan tetapi menukar wajah" - Netizen China

 


Pemain pingpong Korea Tian Zhixi mencuri perhatian penonton di seluruh  dunia dengan bakatnya bermain pingpong dan kecantikan paras rupanya. Siapa sangka pemain ini sebenarnya berasal daripada China dan pernah memenangi pingat emas Olimpik untuk kategori pingpong wanita.


Namun, Tian Zhixi merasakan ganjaran yang diperoleh daripada negara China tidak berbaloi berbanding negara lain. Oleh itu, beliau bertekad untuk menukar kewarganegaraan dan menjadi rakyat Korea Selatan. 


Beliau turut mewakili Korea Selatan dalam pertandingan pingpong dalam Olimpik Tokyo baru-baru ini. Apa yang mengejutkan warga net, muka Tian Zhixi tidak sama dengan 4 tahun lalu semasa dia mewakili China dalam sukan Olimpik. 



Ia seperti berubah daripada muka seorang 'mak cik' kepada seorang 'kakak'.Tian Zhixi sebenarnya telah melakukan pembedahan plastik di Korea Selatan untuk meningkatkan keyakinan dirinya. Dia tidak berasa malu dan turut mengakui hal tersebut. Bagi rakyat Korea Selatan, amalan melakukan pembedahan plastik adalah perkara biasa yang tidak perlu  malu untuk melakukannya.



Kelihatan wajah Tian Zhixi berubah dengan lebih cantik dan muda. Rakyat China menggelarnya 'plastik bergerak'. Mereka masih marah kepada Tian Zhixi kerana menukar kerakyatan semata-mata untuk ganjaran olimpik. Mereka juga mengatakan Tian bukan sahaja menukar kerakyatan tetapi turut menukar wajahnya. Namun, Tian tidak mengambil hati dengan apa yang dikatakan netizen. Dia tetap fokus dan berlatih dengan gigih untuk sukan Olimpik ini. 



Tian turut memuat naik status dan ketawa kerana rakan-rakan atletnya menyatakan dia sangat popular dan menjadi carian utama di internet akibat melakukan pembedahan plastik. 



Tian telah membuat  pembedahan dengan menanam rambut, merubah kelopak mata dan menengangkan kulit. Beliau juga turut berkongsi tips penjagaan kulit dan diet di dalam media sosialnya. 


*Nota* 

Umat Islam adalah dilarang untuk mengubah ciptaan secara kekal. Ia dianggap berdosa besar. Bersyukur dengan apa yang dikurniakan Allah, kerana Allah sebaik-baik pencipta.

Post a Comment

0 Comments