Perbualan Ahli Parlimen Sik bersama Yang Di-Pertuan Agong [Video] - Berkenaan sokongan kepada siapa untuk dinaikkan menjadi Perdana Menteri

 

YB Tuan Ahmad Tarmizi Bin Sulaiman

Tular satu video yang dirakamkan oleh pembantu ahli Parlimen Sik bersama Yang Di-Pertuan Agong.


Rakaman itu berlaku ketika panggilan telefon antara Ahli Parlimen Sik dengan Yang Di-Pertuan Agong. YDPA bertanyakan kepada beliau mengenai sokongan kepada siapa untuk menjadi Perdana Menteri.


Terlihat satu nota protokol perlu bercakap antara ahli Parlimen dengan YDPA dalam rakaman itu.


YDPA: Assalamualaikum Yang Berhormat


YB Sik: Waalaikumussalam Tuanku


YDPA: Siapa pilihan Yang Berhormat?


YB Sik: Tuanku, Patik memilih Yang Berhormat Datuk Ismail Sabri Bin Yaakob untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ketika ini


YDPA: Dengan sukarela?


YB Sik: Ya dengan sukarela sucihati memilih Datuk Ismail Sabri


YDPA: Yang Berhormat dimana ni?


YB Sik: Saya berada di Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut 


YDPA: Ok terima kasih Yang Berhormat


YB Sik: Menjunjung Kasih Tuanku


Netizen terlihat mengecam tindakan dan bertanya adakah perkara ini boleh ditayangkan kerana merekod dan meviral perbualan bersama YDPA dalam urusan memilih PM-9 mencabuli hak kerahsiaan. Apapun pakar yang lebih arif akan menjawabnya.

Post a Comment

0 Comments