Pesanan Ustazah Asma'Harun yang cukup mengharukan | Buat ibu hamil diluar sana

 


Wabak pandemik ini cukup memberikan perasaan sedih dan hiba kepada rakyat Malaysia dan manusia diseluruh dunia. Setiap hari pasti ada kematian yang mungkin jiran terdekat, sahabat -handai mahupun ahli keluarga terdekat. Wabak ini telah bermutasi dengan gen yang lebih kuat dan menyebabkan kadar penyembuhan menjadi lebih rendah.


Ustazah Asma cukup sedih dengan kematian ibu yang sedang mengandung ketika wabak ini. Ramai kita mendengar ibu hamil yang dijangkiti Covid ini terpaksa dikeluarkan bayinya untuk menyelamatkan nyawa ibu tersebut. Ibu hamil memiliki daya tahan tubuh yang kurang berbanding manusia normal. Oleh itu, mereka adalah golongan berisiko jika dijangkiti. 


Ustazah sangat berduka dengan berita pemergian Siti Sarah yang tidak sempat melihat anaknya yang dikeluarkan daripada dalam perut berikutan keadaan Siti Sarah yang kritikal. Paling menghibakan  anak pula langsung tidak mengenal ibunya apatah lagi merasai kasih sayangnya. Begitulah juga yang berlaku dengan ibu hamil yang lain, meninggal disebabkan jangkitan Covid ini. 


Ustazah menyebut wabak yang turun ini atas kemurkaan Allah kepada hambanya. Ia telah disebut di dalam hadis 


“ Tidaklah muncul perbuatan keji (zina) pada suatu kaum hingga mereka melakukannya secara terus terang kecuali Allah akan menimpakan kepada mereka wabak dan berbagai penyakit yang belum pernah menimpa kepada orang-orang sebelum mereka.”


Oleh yang demikian, wabak@ azab yang  menimpa ini bukan sahaja kepada pembuat maksiat tetapi juga turut terkena tempias kepada orang yang baik dan soleh. Oleh yang demikian, hendaklah kita bermuhasabah untuk menghadapi kematian dengan penuh keinsafan dan taubat sebenar-benar taubat. Tinggalkan dosa yang silam. Masih ada ruang untuk kembali kepada Pencipta selagi masih bernafas.

Post a Comment

0 Comments