(Rakaman suara) - Suara penanggal di Melaka


Satu klip video berdurasi bawah 1 minit itu telah tular di media sosial yang berjaya dirakamkan terdengar satu suara amat s3ram seperti "penanggal" berteriak. 


Perkongsian itu dikongsi oleh Mizan Yusof di Kelab Cerita Hantu Malaysia (KCHM).


Melalui video itu, kita boleh terdengar satu suara seperti teriak+menangis yang sangat kuat. Jelas Mizan lagi kejadian itu berlaku di Melaka dan penduduk turut mendakwa terdengar tangisan tersebut.


Orang kampung mendakwa suara itu adalah suara "penanggal" yang sedang menangisi sesuatu.


Terdapat beberapa komen menyatakan ia sebenar bukan bunyi penanggal akan tetapi dia adalah bunyi seekor musang.


Pendapat itu disanggah oleh beberapa individu lain yang menyatakan bunyi itu benar-benar bunyi makhluk halus. Dalam masa sama terlihat kelibat makhluk  halus di atas cahaya lampu jalan.


"Saya nampak macam ada sesuatu di atas cahaya lampu itu, kalau di zoomkan memang akan nampak seakan-akan sedang mengintai katanya".


Sehingga harini bunyi tersebut menjadi misteri buat penduduk di situ.

Post a Comment

0 Comments