Sameera Fazili satu-satunya wanita muslimah berjawat jawatan dalam "The White House"

 


Sameera Fazili anak kepada Dr Mohamad Yusuf Fazili dan Dr Rafiqa Fazili. Dilantik sebagai Timbalan Pengarah Majlis Ekonomi Nasional untuk Pembuatan, Inovasi dan Pertandingan Domestik pada 20 Januari 2021.



Beliau yang lahir di Williamsville New York Amerika Syarikat mendapat pendidikan di Nichols School 1996, Yale Law School, Harvard College. 


Beliau bermula kerjaya sebagai pensyarah klinik di Unit Pembangunan Ekonomi dan Komuniti di Yale Law School. Selepas itu, dia memperluaskan pekerjaan di klinik kepada pembiayaan mikro antarabangsa sebelum bekerja di sebuah bank bernama Shorebank yang dikatakan sebagai bank pertama di AS.


Beliau telah mendirikan rumah tangga dan mempunyai tiga orang anak, sekarang menetap di Atlanta Georgia. Keluarga besar beliau juga berada di Kashmir sekarang.


Antara tugasan beliau di White House adalah untuk pertimbangkan hal-hal dasar ekonomi, terpisah dari perkara-perkara yang berkaitan dengan dasar domestik. Senang cerita Presiden US sekarang selalu la menerima pandangan dan idea dari beliau sebagai urus tadbir mengenai Majlis Ekonomi Nasional Amerika Syarikat.






Post a Comment

0 Comments