"Saya sudah cari ikhtiar yang terakhir untuk tidak letak jawatan setidak lepas wabak pandemik, namun sikap segelintir yang rakus.."

 



Walaupun pada awalnya keabsahan beliau sebagai Perdana Menteri nak ditentukan di Parlimen, akan tetapi 16 orang ahli parlimen dari parti UMNO telah menarik diri dari beri sokongan kepada Perdana Menteri, seterusnya parti pembangkang juga menolak usul Tan Sri Muhyidin Yaasin. Ini bermakna Status atau keabsahan Tan Sri Muhyidin sebagai Perdana Menteri tak perlu ditentukan lagi di Parlimen.


Mengulas lanjut lagi, Tan Sri Muhyidin berkata jika beliau nak kekal sebagai Perdana Menteri masih boleh akan tetapi beliau dengan berpegang teguh pada prinsip tidak akan sesekali melangkaui 3 perkara ini:


1) Tidak akan sekongkol dengan kumpulan kleptokrat

2) Tidak akan menganggu badan kehakiman

3) Membelakangi perlembagaan semata-mata nak jawatan Perdana Menteri


Hari ini Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yaasin mengumumkan perletakan jawatan termasuk kesemua jemaah menteri dimana perlembagaan mahukan berdasarkan Perlembagaan 43 (4) 


"Jika Perdana Menteri tiada sokongan majoriti dalam dewan rakyat, maka Perdana Menteri perlu meletakkan jawatan".


Kata Tan Sri Muhyidin Yaasin lagi, jutaan rakyat mahukan beliau tidak melepaskan jawatan lagi di saat wabak melanda namun perkara itu disambut dengan apa tindakan yang beliau lakukan ini adalah berdasarkan sumpah dan janji pada perlembagaan.


Tambahan lagi Tan Sri Muhyidin berkata beliau telah ikhtiar untuk kali akhir untuk tidak lepaskan jawatan setidaknya tunggu selepas wabak pandemik ini beransur pulih namun disebabkan segelintir yang rakus dengan jawatan saya akur dan redha.


Saya memimpin negara pun seperti tuan-tuan tahu dalam keadaan negara yang tak pernah alami malah dunia pun alami, dan dalam masa sama saya digugat dari segi politik kata Tan Sri Muhyidin Lagi.


6 tahun lalu saya dipecat dari menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri semata-mata kerana saya pertahankan prinsip untuk tidak berkrompomi dalam kes penyelewengan 1MDB. Saya berjuang dan saya berkorban dan akhirnya Allah mengangkat martabat perjuangan saya sehingga saya diberi amanah untuk memimpin negara ini sebagai perdana menteri. Alhamduillah.

Post a Comment

0 Comments