"Sayang nak makan apa?"...Gara-gara panggil sayang sampai terlupa ambil selonggonk udang dan sotong

 


Memberi perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan adalah tips terbaik untuk menarik pelanggan datang ke kedai kita.


Sebagaimana yang berlaku di restoran ini, sayang nak order apa? Sayang nak minum apa? Panggilan ini akan membuat pelanggan lelaki seolah-olah dibuai mimpi dan tersenyum kerana yang memanggil sayang itu adalah wanita.


Begitulah ceritanya di Restoran Rumah Alami Sayang di Wonogiri Indonesia ini yang menjadi tular kerana panggilan pekerjanya yang unik untuk pelanggan.


Panggilan itu bukan sahaja dipanggil untuk lelaki bahkan pelanggan wanita juga dipanggil dengan panggilan 'hello sayang' 'order apa sayang'.


Pemilik restoran itu, Sulastri, mencipta inisiatif panggilan sayang selepas mendapat pengalaman ketika merantau ke Kalimantan bersama suaminya.


Ketika di sana, mereka sering membeli sayur dan ketika itu penjual sayur juga selalu memanggil mereka sayang.


“Dari situ, Sulastri mengajak suaminya membuka kedai makan dan menerapkan konsep panggilan sayang kepada pelanggan,” kata Asih yang juga merupakan adik kandung kepada Sulastri.


Menurut beliau, dengan panggilan sayang pun order air satu pun boleh jadi dua, nasi pun boleh jadi tambah.


Jaga-jaga takut senyum sorang-sorang tu tak sedar dah ambil 2-3 ekor sotong + udang dan kambing.


Rasa-rasa apa pendapat korang?

Post a Comment

0 Comments