"Seandainya aku yang pergi dulu Sampai mati ku kan mencintai kamu"...Ctdk terbehenti rakaman sedih terkenang Siti Sarah

 


Bayangkan la masa CTDK tarik lirik "Seandainya aku yang pergi dulu, sampai mati ku kan mencintai kamu, kerna akulah bidadari syurgamu" terus terbehenti rakaman Dato Siti.


Masa tu CTDK buat satu rakaman virtual show (korporat) dan beliau tak dapat meneruskan nyanyian lagu "Aku Bidadari Syurgamu" dan meminta lagu tersebut ditukar kepada lagu lain. Sayangnya beliau kepada arwah @sitisarahraisuddin.


Rakaman itu berlangsung selepas beberapa jam Allahyarham Siti Sarah pergi menghadap ilahi. 

" Tuhan, jiwaku merawan

Perasaan saat ku kehilangan

Oh, biarlah aku pendam tangis di hati

Seandainya aku yang pergi dulu

Sampai mati ku kan mencintai kamu

Kerna akulah bidadari syurgamu "


Memang saat ni, terdengar lagu Kesetiaan dari Sarah atau mana-mana lirik boleh menyentuh hati tiba-tiba teringat wajah Siti Sarah.


Saat anak-anak salam peluk cium buat kali terakhir sebelum di warded haritu, itulah sebenarnya kali terakhir anak-anak berjumpa Siti Sarah.


Kita yang jauh sedih sangat dengan keluarga mereka apatah lagi anak-anaknya. Nak ziarah anak-anak Shuib mana boleh sekarang waktu wabak.kan! 


Semoga Allahyarham Siti Sarah ditempatkan golongan orang beriman, diangkat seksaan kerana ada dua sebab meninggal syahid yang pertama sebab melahirkan anak yang kedua sebab wabak. Pada Shuib moga tabah demi anak-anak, menjalani satu malam tadi mesti sukar insan tercinta telah pergi pasti terngiang-ngiang. AlFatihah.

Post a Comment

0 Comments