"Sejak semalam Fans Cristiano Ronaldo bertambah, dari Fans Madrid, Juve terus menjadi fans Man Utd"...

 


Selepas perkhabaran dua hari lepas mengenai perpindahan bintang bola sepak Cristiano Ronaldo ke Manchester United ianya telah menjadi bualan hangat sehingga kini.


Mana tidaknya, susuk tubuh yang tampan, larian pantas, menanduk bola dan sememangnya hebat bermain bola menjadikan Ronaldo sebagai idola mereka dalam kehidupan seharian. Tidak kurang juga kalau dulu mereka menjadi 'lalang' sejak perpindahan Cristiano Ronaldo ke Madrid, terus ramai yang menyokong team Galacticos itu. "Hala Madrid" orang kata.


Bukan terhenti setakat di situ, mereka pun bertukar pasukan untuk menyokong Juventus di Serie A Itali kerana palyer bernama Ronaldo juga. Sejak itu, penjualan jersi juve yang mencetak nama Ronaldo mencecah ratus ribu helai yang kehabisan dibeli penyokong Juve seluruh dunia. Ini membuat pulangan pelaburan skuad Juve ke atas pembelian Ronaldo berbaloi dan meningkat.


Setelah beberapa musim di sana, masalah kewangan telah menjadi punca Ronaldo tawar hati untuk berhijrah ke club lain. Dengan kata lain Psg dan Manchester City  antara club yang orang kata mampu bayar gaji mingguan Ronaldo.


Tanpa dihidu wartawan bagaimana perpindahan Ronaldo ke Red Devil adalah kerana legenda lama Manchester United sendiri telah menghubungi Ronaldo jangan memilih City sebagai destinasi hal ini kerana  akan memusnahkan moment indah karier CR selamanya jika memilih musuh Manchester United, mungkin dibrainwash senior dia sendiri, CR memilih club lama yang pernah dia naik ketika dahulu.


Persoalannya, siapakah fan tu sekarang? Berani tak muncul dan bersuara yang menyatakan anda kembali menyokong Manchester United kerana Ronaldo, sudah pasti tidak kata salah seorang peminat setia Setan Merah itu.



Post a Comment

0 Comments