"Selepas Ismail Sabri Diangkat Jadi PM, Perbicaraan Mahkamah Bermula, Suratan atau Kebetulan?

 


Sebelum Datuk Ismail Sabri dilantik menjadi Perdana Menteri.


Professor Azmi Hassan pernah menyatakan "Politik Malaysia Memualkan". Ianya disebabkan kegilaan kuasa para pemimpin ahli politik sibuk nak jatuhkan PM dan naikkan PM baru. Tengah negara dilanda wabak pandemik inilah mereka sibuk nak pilihan raya la, suruh buka parlimen la.


KITA MEMERLUKAN ORANG YANG MATANG DALAM KALANGAN AHLI POLITIK SUPAYA TIDAK MEMUALKAN!


Tiada magis pun pemimpin politik mana naik sekalipun wabak corona terus hilang, dalam masa sama kerajaan menghadapi tekanan dari belakang depan kiri kanan dari sebelah pihak lagi bukan kerana soal tadbir urus negara pun akan tetapi mereka mahu menggunakan parlimen sekarang untuk menunjukkan kerajaan yang ada ni kerajaan minoriti itu sahaja. 


Kita rakyat ni tak memberi faedah pun pada mereka, mereka tak habis dengan slogan untuk membantu rakyat, ni sudah semesti "MEMUALKAN" kan kita.


Kenapa politik kita MEMUALKAN? 


1) Mereka mementingkan ideologi mereka, kepartian politik itu lebih utama berbanding kepentingan negara dan rakyat dan mungkin salah kita juga sebab menyokong ahli politik sedemikian rupa. 


Kalau kita lihatlah dalam sidang parlimen, pengucapannya, pengisian kandungannya memang tidak memberi faedah kepada kita duduk satu jam dua jam mendengar perbahasan kerana kualitinya sangat RENDAH sekali. Sebab bila mereka berhujah berdebat mereka tak buat kerja rumah.  Kalau mereka tak melawan yang berhujah tu mereka akan PERLEKEHKAN maknanya dalam bahasa omputih "kill the messenger" itu je sebenarnya, sebab tu cakap dah macam orang tak betul.


Sebab tu kita sebagai rakyat kita kena bagitahu pada pemimpin politik kita yang kita tak mahu semua ni, masalahnya pengalaman orang politik ni ada yang 10 tahun, 20 tahun, 30 tahun tetapi tahap pemikiran mereka sepatutnya yang berlaku sekarang ni tak patut berlaku. 


Sebagai contoh di Itali tiga minggu lepas Presidennya letak jawatan kerana hilang majoriti, sedikit je hilang 1 dan 2 kerusi, tapi presidennya tidak mahukan pilihan raya, presidennya mahukan parti-parti politik lain cari majoriti sendiri tapi tak dapat. Dah bagi peluang tapi tak dapat! 


Tapi akhirnya presidennya mengatakan biar saya lantik seorang ahli korporat sebagai presiden baru bukan ahli parlimen lain sebagai presiden baru iaitu Mario Dagi, tapi ahli parlimen lain menyokong perkara ini. 


Akhirnya kerajaan dibentuk di Itali, konklusinya saya nak bagitahu betapa matang ahli politiknya memang malu la ahli politik kita, mereka walaupun berbeza pendapat satu sama lain tapi masih berkompromi dalam sama-sama melantik presiden baru walaupun bukan dari ahli parlimen semata-mata nak elak pilihanraya waktu wabak ni! 


Itu masalah di sana, Mario Dagi seorang disegani bekas Ceo Bank Eropah, begitu juga kita di sini kita memerlukan orang seperti itu.


Selepas Perdana Menteri Malaysia yang baru dan yang ke-9 dilantik.


Setakat ini terdapat pimpinan ahli politik sedang berlangsung perbicaraan mereka, yang terkini Ahmad Zahid Hamidi diberitakan sakit belakang kerana jatuh dan Datuk Seri Ahmad Maslan tidak mengaku bersalah selepas gagal mengisytiharkan wang RM2 Juta yang diterima dari Datuk Seri Najib Razak kepada LHDN dan beri keterangan palsu pada SPRM.


Suratan atau kebetulan? kita rakyat sedang melihat gaya mereka.

Post a Comment

0 Comments