Senyuman Sayu Abang Mail | OKU gembira jualan habis dibeli

 


Sesiapa sahaja melihatnya, hati pasti terusik dengan rakamana video yang dikongsikan oleh nuradella di laman sosial tiktok berdurasi 1:05 saat. 


Seorang lelaki kelainan upaya yang dikenali sebagai abang Mail penjual manisan dan makanan ringan di tepi jalan. Kemudian perakam (nuradellaa) membeli kesemua barang jualan lelaki tersebut dengan niat membantunya. 


Rasa syukur dapat dilihat daripada senyuman abang Mail yang sangat terharu dengan tindakan nuradella. Diakhir video, menitik air mata bila beliau mendapatkan duit sedekah oleh perakam. Netizen turut meluahkan rasa sebak dengan tindakan wanita itu. 


Menurut cerita salah seorang pengguna facebook Fendy Ismail, beliau mengenali abang Mail yang sentiasa solat berjemaah di masjid walaupun serba kekurangan. 


"Arwah ayahnya seorang guru al-quran. Dia x pernah terlepas solat berjemaah dekat masjid. Masa kecik-kecik kalau bulan puasa saya dengan budak-budak  lain selalu bising kat masjid. Dia la yang selalu tegur. Tapi teguran dia tak pernah tinggi. Budak-budak kampung semua suka dia walaupun ada yg takut-takut nak dekat dengan dia. Maklumla, budak lagi masa tu. Sekarang dah 3 tahun tak balik kampung. Lama dah tak tengok dia. Moga abang mail sentiasa di murahkan rezeki". 


Moga abang Mail sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan.  Tindakan sebegini sepatutnya dijadikan contoh pada masyarakat di luar sana untuk sentiasa meringankan beban golongan yang memerlukan. 



Menjengah ke komen terlihat semua netizen berasa sebak, terharu dan mendoakan abang Mail






Post a Comment

0 Comments