Seorang ahli ibadah, hebat mengaji tapi sayang pengakhiran memilih kelompok jahil | Baca

 


Abdul Rahman Ibn Muljam pada zaman Saidina Umar  dia adalah seorang ahli ibadah dan pernah dilantik oleh Saidina Umar AlKhattab menjadi guru quran yang dihantarkan ke Mesir. Beliau sememangnya seorang yang mahir dalam bacaan quran tetapi kurang pemahaman agamanya. 


Seperti yang disebutkan oleh para ulama sehingga beliau terkesan dengan kumpulan Khawarij ketika itu yang ekstrem dalam mengeluarkan fatwa, mengeluarkan pendapat, tidak berasaskan kepada kefahaman agama yang betul (Ekstrem sebegini akan merosakkan individu dan secara berkelompok kepada pendapat tersebut).


Akhirnya beliau mengambil keputusan untuk bersetuju dengan kumpulan Khawarij, yang majoriti Khawarij adalah mereka yang jahil, majoriti mereka yang dikatakan oleh Ibnu Abbas yang tidak mempunyai kefahaman yang betul dan mendalam. Kelompok sebegini Bahaya! 


Akhirnya Abdul Rahman Ibn Muljam ini telah bersetuju dengan Khawarij yang berpendapat Sayyidina Ali bersalah, batil dan perlu dibunuh dan sesiapa yang membunuh Sayyidina Ali R.A akan mendapat pahala syahid, maka Abdul Rahman Ibn Muljam mengambil tugas itu dan membunuh Sayyidina Ali, ketika pedang beliau menusuk badan Sayyidina Ali R.A sambil membaca Surah AlBaqarah ayat 207: Di kalangan manusia ada yang mengorbankan diri mereka untuk mendapatkan redha Allah. Jadi pendekatan ini, Abdul Rahman yang kurang pemahaman agama menganggap dirinya berada dalam risiko tinggi kerana hendak membunuh pemimpin tertinggi ketika itu iaitu Sayyidina Ali semata-mata kerana berjihad kepada Allah dan mendapatkan syahid.


Jadi, kita bersedih dengan beberapa orang ustaz hari ini di Malaysia ini khususnya  yang menulis artikel; Pertama yang ditulis seorang ustaz ini bahawa Covid-19 adalah agenda syaitan dan kita sepatutnya lebih takut kepada Allah dan jangan ikutkan pihak berkuasa yang takutkan virus ini lebih takutkan Allah. 


Dan yang kedua seorang ustaz lagi menulis artikel yang panjang diviralkan, kata ustaz tu tak perlu kosongkan masjid, kerana masjid lah tempat yang paling selamat sekali sebab ia rumah Allah. Siapa yang suruh kosongkan masjid itu adalah orang yang nak menutup syiar Islam, kedua-dua ustaz ini menulis ayat nampak macam power, kan!


Kenapa Ulama-Ulama Muktabar di Malaysia, di setiap negeri yang dianggotai oleh ahli-ahli majlis fatwa yang alim-alim mereka semua setelah berbincang, bermesyuarat berdasarkan dalil-dalil secara umum atau khusus berdasarkan Qawaid-Qawaid Fiqqiyah mereka keluarkan pendapat setelah mengambil kira pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia.


Kalau kita semua pandai Kitab Feqah la, tahu tak sebahagian penyakit kena tanya Doktor Pakar dulu jika seorang ni berpuasa akan ditimpa mudarat tak, kalau doktor kata mudarat dengan penyakit dia ni maka boleh untuk tidak berpuasa dan kemudian ganti. Mesti Dirujuk.


Perjalanan inilah disiplin ilmu inilah yang diambil para ulama muktabar yang mempunyai kefahaman agama yang jelas, membimbing masyarakat. Tiba-tiba keluar kenyataan ustaz seperti tadi yang ditulis.


Seperti mana Ibnu Muljam tadi bila dia kata kami beriman dengan Allah kami berjuang dengan nama kitab dan hadis kami membunuh, nampak seperti betul berjuang kerana Allah untuk Allah tetapi mempunyai kefahaman yang silap terhadap nas. Tak faham nas dengan cara yang mendalam, membuatkan kita mengeluarkan pendapat yang songsang dan membahayakan masyarakat!


"Maslahah masyarakat umum mesti didahulukan daripada maslahah persendirian". 


Ada juga geng-geng yang panjat pagar masjid ni dah dapat semangat nak pegi solat dalam masjid boleh kata buat pa nak takut-takut virus ni, bayangkan mereka mai ramai-ramai duduk rapat-rapat boleh tersebar penyakit dan menyebabkan satu mudarat yang besar. Sedangkan ulama dah bersepakat dan berbahas bahawa mudarat itu mesti dihindari seboleh mungkin.


Semua itu telah digaris selepas barisan KKM bersama ahli majlis fatwa berkata hanya beberapa orang boleh keluar, kena pakai pelitup muka ke masjid, elakkan bersalaman dengan orang lain, jarakkan kedudukan anda bila duduk dalam keadaan ramai, pulang segera selepas selesai urusan, itulah garisan panduan yang sempurna yang diajarkan oleh para ulama.


Akhir kata, bila jadi keadaan macam ni yang hampir kepada darurat bersamalah dengan para ulama yang InshaAllah pendapat dan fatwa mereka akan dipandu oleh Allah subhanawata'ala (Tidak akan bersepakat umat ini di atas kesesatan)


Maka sama-samalah ikut panduan yang digariskan oleh para ulama supaya kita tak keluar daripada lingkungan yang salah boleh memudaratkan orang lain dan setiap tindakan kita akan diredhai Allah SWT.


InshaAllah

Post a Comment

0 Comments