Shah kat mana? | Rumah Agam


Part sebelumya: Jirat Cina Cheras

Selepas insiden di Jirat Cina Cheras, aku kini pasrah dengan segala bentuk kelibat atau gangguan. Namun sekali terpandang tetap meremang. 


Terlihat sekali lalu selayang pandang pada aku hanyalah ilusi yang mungkin mengaburi ketetapan hati. 


Mak pesan kita kena jaga pegangan. Jangan mendabik dada jangan meninggi diri. Jadilah manusia Yang sentiasa memberi manfaat kepada insan lain. 


Namun sejak peristiwa itu aku sering mendengar bisikan memanggil namaku.


"Shah shah shahhh" 

Halus berbisik terkadang terasa hampir.

Semua ni aku anggap hanya perasaan sahaja. Jangan dilayan kata doktor. 


Malam ini aku nak bawa hangpa semua pi ke Jalan Uthant Ampang.




[Chapter ; Shah kat mana?]


Kisah ini bermula ketika aku bekerja di KLCC. Sebuah Butik Ternama baru dibuka dan aku mendapat tawaran selepas sessi temuduga di Hotel Mandarin Oriental.


Saat itu aku tinggal di rumah keluarga sahabatku di Gombak. Aku dan Abang Syam hanya tinggal di rumah lama keluarganya setelah ibu dan ayahnya berpindah ke Setiawan Perak. 


Apabila memulakan kerja di Butik berkenaan. Aku mengenali 3 orang kawan baru. Kareem, Alun dan Iyan. Kami adalah staf 'batch' pertama yg menyiapkan butik utk pembukaan. 


Nak dijadikan cerita ketika penyusunan rak barang barang dan stok pakaian serta mannequin untuk paparan koleksi, secara tiba tiba lampu terpadam. 


"Allahuakbar woii asal ni" Jerit Kareem. Kareem menjengah keluar premis lain lampu  masih terang 


Hanya premis kami sahaja yang terpadam mungkin litar pantas agaknya.


"Shah shah ko kat mana? " Aku terdengar Iyan memanggil aku dalam kegelapan dengan samar samar cahaya dari  luar.  


"Aku kat sini yan, tepi mannequin semua ni.Bukan ko dah nak balik ke tadi..  ko kan masuk dari morning?? Tanya ku ringkas 


"Ko mana iyan?? Aku dengan kareem ni " 

Namun tiada sahutan. 


Seketika itu lampu dinyalakan. Alun datang dari ruang sebelah. 


"Terkejut aku siyal lampu ni.. tetiba terpadam. Dah la aku sorang kat sana gelita gelita hawau" cerita Alun.


"Iyan mana? tadi dia panggil aku pastu senyap, aku ingat dia dah balik" ujarku lagi.


Alun memandang aku, mukanya berubah tiba tiba. 


"Mana ada iyan.. dia mmg dah Balik td sebelum maghrib la shah.. ko ni biar betul" Soal Alun.


"Aku pun dengar tadi iyan panggil" kareem cuba memberitahu  


Nasib baik bukan aku seorang dengar. 

Kami cepat cepat mengemas barang barang  kerja yang masih berbaki.

Malam itu setelah selesai berkemas dan persiapan utk pembukaan lagi 2 hari.

Aku dan kareem mengikut Alun pulang ke rumahnya di Jalan Uthant Ampang. 


Semasa keluar dari pintu Tengah KLCC aku terpandang seorang lelaki berkemeja putih berkopiah putih berdiri disebelah tiang cafe Dome. Hatiku merasa sedikit gentar kerana kali ini aku nampak jelas sepasang mata merenungku. 


Seperti kenal aku. Aku tunduk dan aku pandang sekali lagi namun kelibat itu hilang begitu sahaja.


Kami mengambil 'cab' utk kerumah Alun.

Alun ni anak seorang Duta. Ibu bapanya berada di luar negara. Jadinya rumahnya hanya dia seorang sahaja. Cuma Pembantu rumah akan datang setiap hari untuk mengemas rumah tersebut.


Rumah agam lama ini agak menarik sementelah aku sukakan binaan lama. Paling best ada kolam renang apa lagi kami yang keletihan selalunya akan berendam dulu setiap kali tumpang tidur di rumah Alun.


Namun Malam itu aku rasa lain. Perasaan gementar bercampur baur dengan kelibat yang aku lihat tadi. Aku hanya berdiam diri.


Kami tiba di kawasan rumah Alun, Sampai di depan pagar rumahnya sekali lagi aku melihat kelibat Lelaki berbaju putih tadi. Hilang disebalik tiang besar rumah Alun.


"Asal ko diam shah? "Tanya kareem. 


"Takde aah aku penat kot." Jawabku ringkas 


"Selalu mulut ko jelah yg paling banyak cakap dah kena gam ke mulut tu" perli Alun sambil ketawa dan menjemput kami masuk. 


Aku dan kareem tidur dibilik tetamu dan bilik alun berdepan bilik kami. Cuma rumah ini, Tandas tetamu di hujung Lorong agak seram sebenarnya. Berani juga Alun tinggal seorang diri. Bertiga begini selalunya kami ok. 


Jam menunjukkan 1030 malam. Kareem terus terlelap selepas solat Isyak.

Aku tidak lelap Malam itu. Ada sesuatu yang mengganggu fikiran ku. 


"Shah aku nak gi beli makan jap.. tak de makanan apa pulak kat umah,  korg dok kejap, cehh kareem terus berdengkur??

Alun berlalu sambil tersenyum melihat kareem yang sudah berdengkur bagai enjin keretapi.


Perut aku tiba tiba memulas. Aku bingkas bangun ke tandas. Sedang aku menyelesaikan apa yang patut didalam bilik kecil ini. 


Aku terdengar Alun menjerit dari luar "Shah ko nak order apa?? " 

 

"Maggi goreng.. neslo ais satu. kareem sama je la" jawab ku 


Aku mendengar alarm kereta dan bunyi kereta dihidupkan dan berlalu pergi. 


Tidak sampai 5 minit aku terdengar kereta masuk. Bunyi alarm dan bunyi pintu dibuka. 


"Shah shah ko kat mana?" 

Suara Alun memanggil ku


"Aku kat toilet. Jap" jawab ku


"Shah shah shah ko kat mana"  Tanya Alun sekali lagi.. 

Pekak agaknya si Alun ni bisikku dalam hati.


"Kat toileeettttt" jawab ku dengan kuat


"Shah shah kot kat mana??"


"Aku kat toilet le bodo.. kejap ler" jawab ku dengan kegeraman.


"Shah shah shah ko kat mana?" Suara Alun makin kuat jeritannya.


Ketika ini aku terdiam

Aku mendengar tapak kaki berjalan dilorong menuju ke tandas yang sedang aku duduk ini. 


"Shah shah kot mana?" Suara Alun berubah makin garau..  


Aku selesaikan apa yang perlu menutup paip dan mendengar dengan teliti.. 


"Shah shah shah shah kat mana" 

Suara Alun menjadi halus.


Suara itu makin hampir.


"Shahhhh shahhhh koooo kat maaannaa???? "  jantung aku berdegup kencang. Suara Alun betul betul depan tandas. Saat ini aku nekad nak bukakan pintu tandas. 


"Allahuakbar " Aku membuka pintu. Tiada siapa di situ. Astaghfirullah hal azim. 


Aku jengah di bilik kareem masih berdengkur. Dan ketika itu aku nampak kereta Alun baru memasuki pagar rumah. Alarm kereta berbunyi. Pintu di buka seperti tadi dan Alun muncul membawa Maggi goreng untuk kami. 


"Ko dah kenapa tercegat kat situ , asal muka ko pucat" Tanya Alun


"Tadi aku dengar ko panggil aku. Berkali aku dah jawab tapi ko panggil lagi.. Suara ko berubah siot" jawab aku dalam keadaan sedikit menggigil. 


Alun menghampiri aku. "Series la shah, 

Memang aku selalu dengar tapak kaki tapi aku buat tak tahu je.. pasang TV kuat kuat" 


"Sumpah weh, panggil kareem.. buka lampu semua. Kita baca Yasin sekarang" 

Ujar ku lagi.


Alun mengejutkan kareem dan kami bertiga membaca Yasin bersama di tengah ruang tamu. 3 kali kami ulang di segenap ruang. 


Pada keesokkan hari, kami terbau satu bau yang amat busuk. Satu rumah seperti berbau bangkai. Alun mencari cari dari mana datang bau.


Akhirnya kami  menjumpai bangkai seekor  kucing di bungkus kain hitam dan diletakkan dalam kotak periuk. 

Semalam tiada pula bau ini..  hari ini baunya amat menusuk, satu rumah berbau bangkai. 


------- 

Dari cerita Alun selepas itu Pembantu rumahnya tidak lagi datang berkerja. Hilang begitu saja. Tanpa mengetahui samada ini angkara siapa, Pembantu rumah  atau siapa? Nampak seperti sihir yang dihantar ke rumah keluarga Alun.


Dan selepas itu tiada lagi panggilan "shah kat mana" , tiada lagi bunyi pelik pelik seperti orang memasak orang berjalan di dalam rumah keluarga Alun..




Teringat Program Tanyalah Ustaz, seorang Ustaz panel jemputan berkata;


Rasulullah SAW menyebut sihir sebagai salah satu daripada perbuatan dosa besar. Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:


اجْتَنِبُوا السَّبْعَ المُوبِقَاتِ، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا هُنَّ؟ قَالَ: الشِّرْكُ بِاللَّهِ، وَالسِّحْرُ، وَقَتْلُ النَّفْسِ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالحَقِّ، وَأَكْلُ الرِّبَا، وَأَكْلُ مَالِ اليَتِيمِ، وَالتَّوَلِّي يَوْمَ الزَّحْفِ، وَقَذْفُ المُحْصَنَاتِ المُؤْمِنَاتِ الغَافِلاَتِ


Maksudnya: “Jauhilah tujuh jenis dosa besar yang membinasakan. Sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah dosa-dosa itu? Sabda Baginda: Menyekutukan Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan melainkan dengan alasan yang benar, makan riba, makan harta anak yatim, lari daripada perang dan menuduh wanita muhsan beriman yang tidak bersalah dengan tuduhan zina.”


Riwayat al-Bukhari (2766)


----------------------------------------

Sebuah Naskah Digital 

Karya - SyähMahamòod

----------------------------------------


Disclaimer

*Berdasarkan kisah benar pengalaman dan imaginasi Penulis diolah dan digarap secara dramatik bagi memantapkan penceritaan. 


Nama nama insan dan tempat yang disebut hanyalah sekadar meminjam sebagai latar komersial sahaja. 

Tiada kaitan samada yang masih hidup atau yang telah bersemadi. 


Bagi anda suka membaca dan ingin turut serta merasai pengalaman Penulis hangpa boleh baca dan masuk sama sama dalam cerita.

Post a Comment

0 Comments