Simbolik sebenar kisah "Anak Sena" yang dibarisi pelakon 'Azwan Ali' sebagai bapa | Sinopsis

 


Mengisahkan tentang Sena, tok batin keturunan orang asli yang tinggal di pedalaman hutan. Sebagai ketua kampung, selain mempelajari ilmu hutan, Sena mahukan keturunannya bersekolah dan berpendidikan. Impiannya untuk melihat anak orang asli berjaya dan dia cuba membuktikannya melalui anaknya Wadi. Setiap hari Sena akan memandu bot membawa anaknya dan sejumlah murid-murid dari kampungnya meredah sungai Hulu Tembeling ke sekolah. Selesai waktu persekolahan, Sena akan membawa Wadi masuk ke hutan untuk memburu binatang dan mencari makanan, tumbuhan, akar kayu, rotan dan belajar ilmu hutan. Bagi Sena, anak-anaknya dan anak anak orang asli di bawah jagaannya perlu mendapat ‘ilmu hutan’ dan ‘ilmu sekolah’.


Cikgu Amir merupakan guru baharu di sekolah tempat Wadi bersekolah. Cikgu Amir rasa tercabar dengan sikap Wadi yang sambil lewa dan tidak berminat dalam pelajaran. Namun minat dan bakat Wadi terhadap bola sepak berjaya mengubahnya. Namun, selepas berlakunya insiden salah faham dengan Cikgu Amir, Wadi tidak mahu pergi ke sekolah lagi. Setelah dipaksa oleh Sena, Wadi berpura-pura pergi ke sekolah sehinggalah terjadinya insiden yang mengakibatkan dia bertindak melarikan diri dari rumah. Kehilangannya merisaukan Sena dan ibunya Kiambang sehinggalah Sena nekad untuk mencarinya.


Sedikit babak Azwan Ali 


Drama ini mempunyai 8 episod yang bermula ditayangkan oada 26 Ogos 2021 di Slot Lestary TV3. Barisan pelakon seperti Ben Amir, Ruzaidi Abdul Rahman, dan Hadi Putra.


Drama ini berdasarkan kisah sebenar daripada ilham Program Pendidikan Anak Orang Asli Bateq di Kuala Tahan. 


BirdGroup Taman Negara adalah satu NGO yang mempromosikan Birding Tourism di Malaysia khasnya di Kualq Tahan Jerantut Pahang. BirdGroup Taman Negara turut membantu masyarakat setempat sepanjang Alor Tembeling tanpa mengira masyarakat Melayu atau Orang Asli.


Pada 27 September 2015, Birdgroup Taman Negara bersama aktivis-aktivis alam sekitar menganjurkan Bengkel Stakeholder EkoPelancongan Taman Negara salah satu resolusi yang dipersertujui dari Bengkel Stakeholder EkoPelancongan Taman Negara ialah "Pendidikan Formal kepada Orang Asli Bateq".

































Atas kerja keras terutama oleh Prof Maketab Mohamad, Resolusi tersebut berjaya menghasilkan Program "CHUP BADUI SIKOLAH" atau "Jom Pergi ke Sekolah".

Post a Comment

0 Comments