"Skrip Mungkin Berbeza Jika Saya Jadi Calon Tunggal 'PM' Dari Blok Pembangkang Dan Bukan Anwar, Tapi Saya Beri Laluan"..

 

Datuk Seri Shafie Apdal mengatakan bahawa tidak mudah baginya untuk meyakinkan ‘beberapa’ anggota Gabungan Parti Sarawak kerana dia tidak mendapat sokongan dari blok Pakatan Harapan.

Shafie Apdal percaya dia akan mendapat lebih undian dari kalangan ahli parlimen sebagai calon perdana menteri jika beliau menjadi calon tunggal dari blok parti pembangkang.


Namun usaha itu seperti tidak akan membuah hasil jika Anwar Ibrahim menguasai calon blok parti pembangkang.


Menerusi perbualan telefon melalui rancangan "What's going on Malaysia?" Bekas Ketua Menteri Sabah itu enggan mengulas lebih lanjut dan terperinci, apa yang dicakapkan sebenarnya dia ada peluang yang baik.


Keputusan akan berlainan jika saya menjadi calon Perdana Menteri dari blok Parti Pembangkang dan bukannya presiden PKR itu, katanya.


Sebenarnya ia adalah strategi bila saya berfikir panjang skrip akan berbeza sebab saya ada rakan daripada Bersatu, Umno, Pkr, dan ada juga segelintir dari Sarawak yang boleh menyokong saya tapi saya tidak mahu meneruskannya.

Presiden Warisan Shafie Apdal (kiri) berkata dia boleh menjadi orang yang dilantik Agong sebagai perdana menteri jika menjadi calon tunggal pembangkang. – Foto BERNAMA

Kalau nak pembangkang bersatu kita mesti pandang ke hadapan, dan berfikir bagaimana nak menang untuk rakyat, takdelah parti itu saja dominasi.


Pada mulanya Shafie Apdal dan Anwar Ibrahim dicalonkan sebagai calon PM dari blok pembangkang namun dia bergantung pada sokongan luar blok pembangkang itu.


Shafie kemudiannya berundur dan berkata partinya akan memberikan sokongan penuh kepada Anwar.


Berdasarkan laporan, Shafie gagal mendapatkan sokongan daripada ahli gabungan kerajaan di Sarawak, Gabungan Parti Sarawak (GPS), untuk mendapatkan undi yang diharapkan.


Dalam cubaan mendapatkan sokongan itu, Shafie berkata beliau telah cuba mendekati rakan di Sarawak tetapi mendakwa ia agak sukar apabila beliau bukanlah satu-satunya calon yang dinamakan.


Shafie berkata beliau turut merasakan ini adalah masanya seseorang dari Borneo dipilih sebagai Perdana Menteri.


Katanya, mereka yang berasal dari Sabah dan Sarawak mempunyai kewibawaan dan harus diberi peluang memimpin Malaysia, seperti juga mereka yang berasal dari mana-mana negeri lain.

Post a Comment

0 Comments