Syamel Terima Ketentuan Ilahi, Ibu Meninggal Dunia

 


Ibu penyanyi Syamel, Wan Faaizah Karim, 55, meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta di sini, jam 10.09 malam tadi.
Berita duka itu dikongsikan Syamel menerusi akaun Instagram miliknya.
“Umi saya Wan Faaizah Karim telah kembali menghadap penciptaNya pada pukul 10 malam tadi.

Difahamkan, Allahyarham hampir dua bulan menerima rawatan di hospital akibat kekurangan oksigen dalam badan dan terpaksa ditidurkan.
Syamel atau nama sebenar Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 27, sebelum ini memaklumkan keadaan ibunya itu bukan akibat jangkitan wabak COVID-19.
Malah penyanyi Lebih Sempurna itu juga memberitahu ibunya tidak pernah mempunyai sejarah masalah kesihatan yang serius.
Penyanyi popular itu telah bernikah pada bulan Mac lepas bersama Erni Zakri.

Post a Comment

0 Comments