Taliban tentera panji hitam Imam Mahdi? Bukankah Allah merahsiakan panji hitam

 


Selepas pengumuman Presiden Amerika Syarikat Joe Biden bahawa mereka akan mengundurkan segala bala tentera dan aset-aset ketenteraan dari bumi Afghanistan sekurang-kurang pengunduran secara total pada september ini, menjadikan rakyat Afghanistan seperti sedih campur gembira.


Sebelum Taliban menawan Kabul beberapa hari lepas, Presiden Asyraf Ghani telah merancang untuk melarikan diri ke Tajikistan. Hal ini berlaku, bagi Asyraf ia adalah sesuatu perkara baru untuk Afghanistan jika dia hendak melancarkan perang dengan Taliban boleh menyebabkan kerugian besar dan tercetus perang saudara kembali seperti 1996. 


Sebelum ini Ashraf dinaikkan Amerika sebagai pemimpin Afghanistan untuk mentadbir urus negara dan beliau juga mendapat sokongan barat. Asyraf juga sebenar telah melakukan pengorbanan yang besar kerana menyerah dan keluar dari negara itu dan membiarkan Taliban mengambil alih sebagai kerajaan baru.


Terkini Taliban telah mengeluarkan beberapa kenyataan, antaranya mereka memerlukan cendekiawan, ilmuan-ilmuan daripada luar bagi membantu mereka untuk membentuk sebuah kerajaan baru selepas ini.


Sidang media dikhabarkan, Taliban juga tidak akan berbalas dendam kepada rakyat yang sebelum ini gembira duduk di bawah tampuk pimpinan Asyraf Ghani, selain itu Taliban memetik "Taliban sekarang bukan seperti Taliban dulu" yang membawa negara sebagai negara Konservatif Islam mengamalkan sistem keras seperti membunuh wanita tidak memakai purdah, membunuh lelaki tidak pergi solat jumaat, membunuh lelaki mencukur jambang dan sebagainya.


Kali ini Taliban akan berkerajaan dengan lembut, kata mereka.


Namun demikian dunia masih tidak dapat mengenalpasti lagi, Taliban yang menawan Kabul ini adakah mereka yang terawal  sampai ke Kabul dan mengambil Istana yang diketuai puak-puak tertentu, sebab Afghanistan semangat ke-Asobiyah mereka panjang ceritanya.


Berbalik kepada puak-puak yang ada di Afghanistan puak Pashtun 42%, puak Tajik 27%, Hazara 9%, Uzbek 9%, dan Turkmen 3%. Dikhuatiri puak-puak ini akan menuntut wilayah mereka sendiri untuk mentadbir sendiri, ini boleh menyebabkan perang saudara kembali sewaktu 1992-1996. 


Pakar-pakar seperti demograpic masih mengulas perkara ini, kita lihat selepas ini bagaimana Taliban hendak mentadbir negara itu, dunia akan melihat. Atau rakyat sudah berasa "jatuh ditimpa tangga" bertahun-tahun duduk dalam kawalan Amerika mungkin saat ini mereka akan hilangkan semangat kepuakan itu dan beralih arah kepada semangat bersama untuk negara.


Berita gembira ini juga membuat Taliban semalam telah mengumumkan bendera Afghanistan akan tukar kepada bendera putih yang tertulis kalimah 'La ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah'.


Sesuai dengan akhir zaman panji-panji hitam yang akan keluar untuk membantu perjuangan Imam Mahdi, Taliban juga mengatakan selepas ini mereka akan bergerak ke BaitulMaqdis untuk membebaskan tanah suci daripada orang kafir.


Zaman khilafah Islam yang akan diumumkan di negara Palestin nanti adalah zaman negara itu paling aman kerana ada seorang sosok tubuh bernama Imam Mahdi bersama skuad panjinya.


Sehinggakan Mekah dan Madinah ketika itu akan berlaku pertumpahan darah, hadis ini telah ditafsir ulama untuk mendapat keamanan itu nanti jika mampu dengan kekuatan fizikal dan mental ikutilah dan berpindah la ke Palestin nanti. Kerana di sana akan aman kecuali selain itu. 


Persoalannya adakah betul Taliban ini panjiNYA, pembantu Imam Mahdi, ulama juga masih belum dapat menghurai, semoga perkara-perkara yang kurang baik Allah dapat melindungi hamba-hambaNYA.

Post a Comment

0 Comments