Terkini: Ismail Sabri Dan Pakatan Harapan Capai Persetujuan Bersama

 


Agenda yang dibincangkan adalah untuk kepentingan rakyat serta memperkasakan fungsi Parlimen Malaysia sebagai Institusi bertanggungjawab dan konstruktif, menyemak dan mengimbang tadbir urus eksekutif supaya lebih telus dan memenuhi kehendak rakyat.


Hasil Pertemuan

Menjunjung kasih di atas nasihat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah untuk meredakan suhu politik dalam negara, saya telah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pemimpin-pemimpin pembangkang bagi merealisasikan titah hasrat Baginda Tuanku.


Hadir dalam pertemuan di pejabat saya adalah Ketua Pembangkang dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), YB Tuan Haji Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP), YB Tuan Lim Guan Eng. 


Pertemuan yang berlangsung selama lebih satu jam ini, tertumpu kepada agenda kepentingan rakyat dalam mencari titik persamaan yang terbaik bagi menangani krisis pandemik COVID-19, menjaga nyawa dan keselamatan diri daripada ancaman wabak dan membebaskan rakyat daripada cengkaman ekonomi berikutan kehilangan pekerjaan dan pendapatan.


Persetujuan bersama turut dicapai dalam memperkasa fungsi Parlimen Malaysia sebagai institusi yang bertanggungjawab dan konstruktif, menyemak dan mengimbang tadbir urus eksekutif supaya lebih telus dan memenuhi kehendak rakyat.


Saya bersama pemimpin-pemimpin pembangkang juga bersetuju dan memahami peri pentingnya kebebasan badan kehakiman, reformasi institusi dan tatakelola kerajaan yang baik bagi memastikan keadaan yang lebih kondusif untuk rakyat dan negara dalam konteks Keluarga Malaysia.


DATO’ SRI ISMAIL SABRI YAAKOB    


25 Ogos 2021

 

Semoga kepimpinan Datuk Seri Ismail Sabri menjaga kepentingan rakyat.

Post a Comment

0 Comments