Terkini: Perkembangan Di Istana Negara

 


Terlihat jam 3.53 petang bas membawa keluar ahli Parlimen Pas selepas sesi perjumpaan Yang Di-Pertuan Agong, selepas itu terlihat sebuah bas kosong keluar difahamkan ahli parlimen balik dengan menggunakan kereta peribadi.


Menurut Setiausaha Umno Ahmad Maslan penemuan ahli-ahli parlimen hari ni bukanlah perbincangan peruntukan kabinet ataupun kerajaan baharu. 


Apa yang dijelaskan adalah sokongan ahli-ahli parlimen terhadap ahli Parlimen Bera juga Naib Presiden Umno Datuk Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri.


Tan Sri Muhyidin Yasiin merangkap Perdana Menteri sementara juga telah melakukan sokongan bersyarat kepada Datuk Ismail Sabri bagi memastikan lantikan jawatan nanti mestilah yang berintegriti dan bersih dari kes-kes mahkamah.


Kata Presiden Perikatan Nasional itu lagi, bayangan majoriti mudah telah ada sebanyak 114 ahli parlimen termasuk GPS,PBS,Star dan beberapa ahli bebas yang menyokong Datuk Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri baru. Sebelum ini, Datuk Ismail juga telah menjawat jawatan Menteri Kanan Pertahanan dan seterusnya pernah menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri sudah semestinya beliau ada persiapan senarai ahli yang baru untuk dilantik dalam jemaah menteri.


Namun, setakat ini belum ada komen lagi dari Presiden Umno iaitu Datuk Ahmad Zahid Hamidi mengenai sokongan bersyarat ini.

Post a Comment

0 Comments