(Terkini) - Pray for Algeria, khabar duka berlaku kebakaran besaran di sana

 


Jumlah terkorban hingga setakat ini 42 orang termasuk 25 anggota tentera dan 17 orang awam. 


Menteri Dalam Negeri Kamel Beldjoud berkata terdapat beberapa orang perlu didakwa di atas kebakaran tersebut. Sehingga tanaman, haiwan ternakan mati akibat melecur. Tidak terlepas juga ada yang masih hidup kerana berjaya menyelamatkan diri.


Apa yang menyebabkan kebakaran dia menjadi ganas adalah kawasan sana suhunya yang telah panas dan dibantu  lagi dengan gelombang panas menyebabkan api yang kecil mudah merebak di 17 wilayah utara Algeria.


Penduduk wilayah Tizi Ouzou  antaranya cuba memadam api  dengan menyimbah air namun dikhuatiri asap tebal punca penglihatan menyakitkan. Pihak bomba Algeria juga menerima tamparan yang hebat dari kebakaran tersebut.


Paling menyedihkan beberapa orang awam dan anggota tentera terkorban kerana cuba memadamkan kebakaran tersebut.


Semua keluarga berlari ke hotel, asrama dan kediaman universiti kerana api yang marak telah memusnahkan rumah mereka.


Sehingga kini Perdana Menteri Ayman Benabderrahman mengesahkan jumlah terkorban seramai 42 orang termasuk 25 anggota tentera. Kerajaan dalam usaha menyewa pesawat bagi membantu pemadaman kebakaran, tambahnya.













Post a Comment

0 Comments