Ucapan Anwar Ibrahim - "Menyifatkan Seperti Kabinet Kitar Semula"

 


Assalamualaikum warahmatullahiwabaraktuh dan selamat sejahtera! 


Pagi tagi Perdana Menteri Datuk Ismail Sabri mengumumkan senarai anggota Jemaah Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.


Tentunya, reaksi spontan di kalangan rakyat mengecewakan dan menghampakan kerana ia hanya "kitaran semula" sebagaimana yang diwar-warkan dalam media sosial "Kabinet baru, kabinet lama" tapi hakikatnya seperti almari lama yang tiada perubahan.


Negara menghadapi krisis akivat covid-19 yang lebih meruncing dan masalah ekonomi yang menekan rakyat terutama golongan bawahan.


Tetapi langkah yang diambil itu hanya menteri kitar semula iaitu menteri yang tidak menunjukkan keupayaan menangani masalah ini secara berkesan. Oleh yang demikian sambutan itu sangat menghampakan. 


Apa yang kita harapkan adalah satu perubahan tapi tidak berlaku, Perdana Menteri beri tempoh 100 hari kepada para menteri untuk menunjukkan prestasi. Satu setengah tahun yang lalu tidak ada kemajuan yang membanggakan.


Kami sebagai pembangkang akan lantang memantau menyuarakan dan membantah sekiranya tidak ada program perlaksanaan yang mantap dan berkesan untuk menangani masalah covid-19 dan membawa perubahan kehidupan rakyat.


Tapi saya kira ia tidak mampu menyuntik semangat baru dan keyakinan pelabur dalaman ataupun luar negara.

Post a Comment

0 Comments