(Video) - Gurauan terakhir, Siti Sarah pujuk anak "mama gurau jer"...

 


Isnin pagi jam 5.13 pagi 9 Ogos 2021, hari mulia buat penyanyi tanah air menghembus nafas terakhir. Punca Siti Sarah meninggal kerana jangkitan covid-19 yang disahkan pihak hospital.


Siti Sarah juga seorang ibu periang buat anak-anak, kalau di rumah tu memang arwah akan bergurau dengan anak-anak termasuk Shuib sendiri yang suka dikacaunya.


Siti Sarah meninggalkan suami tercinta, dan 4 orang anak termasuk Ayash Affan yang baru lahir. 


Terkini Syatilla Melvin tawar menjadi Ibu susuan buat Ayash Affan yang baru lahir secara prematured. Keadaan Ayash Affan sekarang stabil dan dalam pantauan pihak hospital.


Shuib yang masih bercuti dan sedang menyusun jadualnya, kerana perlu dahulukan anak-anaknya buat masa ini. Setakat ini anak-anak redha dengan pemergian ibu tercinta cuma yang kecil masih bertanya "mana mama pa"! 


Sedikit kenangan arwah Siti Sarah bergurau dengan anak-anak

Alfatihah, seluruh negara Malaysia menangisi pemergian mu, tenang dan berehatlah Siti Sarah, anak-anak jangan risau Shuib yang menjaganya.

Post a Comment

0 Comments