Wanita Ini Buat Social Experiment Tak Vaksin Boleh Masuk Kedai dan Dine-in

 


Seorang wanita memuat naik status berkongsi kisahnya yang kononnya  menjalankan social experiment dengan masuk ke kedai-kedai dan restoran tanpa vaksin. 


Sebelum ini kerajaan menguatkuasakan individu yang hendak masuk ke kedai-kedai dan dine-in ke restoran perlulah lengkap dengan 2 dos vaksin. Oleh itu, wanita ini membuktikan penguatkuasaan tersebut tidak dilakukan, ia hanya arahan untuk menggesa rakyat mengambil vaksin. 


Dia telah masuk ke kedai-kedai dan makan di restoran bersama suami dan anaknya. Suaminya juga turut pergi ke kedai gunting rambut untuk mendapatkan perkhidmatan mengunting rambut.


Namun, status ini telah dikecam oleh warga net yang menunjukkan dia dan suaminya tidak bertanggungjawab dengan mendedahkan pekerja kedai kepada virus covid-19 disebabkan mereka masih lagi belum divaksin dan mudah terdedah dengan jangkitan. 


Selain itu, pihak peniaga juga perlu mematuhi SOP dan mengetatkan peraturan seperti yang diarahkan oleh  pihak kerajaan. Mereka sepatutnya tidak mementingkan keuntungan semata-mata. Walau bagaimanapun, syabas dan tahniah kepada peniaga yang mematuhi SOP dan perturan yang ditetapkan oleh kerjaan dalam membendung penularan virus ini.


Diharapkan perkara sebegini tidak berlaku lagi. Menurut warganet, tidak mustahil selepas ini kerajaan akan memperketatkan kawalan masuk ke kedai-kedai. 




Sumber: pedoqpop

Post a Comment

0 Comments