'Adik Ini Tido Beralaskan "Selimut Guni" [Video] - Bikin ramai orang sedih'...

 


Nikmat apa lagi nak kita dustakan, tilam empuk bantal hotel tambah penyejuk udara 2 horsepower lagi. Makan pun tak pernah miss.


Ingatlah sesusah kita masih ramai lagi insan yang lebih susah di luar sana, tido beralaskan kotak, selimut dengan guni. Tapi dalam hati mereka sapa yang tahu, mak aku bawa balik makan apa kejap lagi, sangkakan Nasi berlaukkan ayam tapi hanya satu biji karipap kongsi sekeluarga.


Ya Allah, apa nasib ku nanti, aku nak jawab apa ramai hambaMU yang lelah di luar sana, makan masih tak cukup, pakaian compang camping, busuk tapi hati mereka mesti lebih hebat dari kami mengingati engkau. 


Ya Allah bagi la mereka yang kaya raya sampai zakatnya pada orang susah, lembut kan hati mereka untuk membantu termasuk peringatan buat kami. 


Lindungilah mereka, hari ini rumah kami besar, kereta besar, bila masuk alam sana (alam barzakh) sudah kecil, harta semua tinggalkan tapi bagaimana nak amalan jaga kita kalau sedekah pun susah? 


Tak kuat tengok video ni!

Post a Comment

0 Comments