"Akta Antilompat Parti Bukan Penyelesaian"..- Najib Razak

 


Akta antilompat parti bukan penyelesaian kepada masalah ahli parlimen melompat parti setelah menang dalam pru di bawah tiket parti berbeza. 


Bekas Perdana Menteri Najib Razak berkata sebaliknya undang-undang itu akan menimbulkan lebih banyak masalah kepada parti asal ahli parlimen tersebut. 


Dalam hantarannya di facebook Najib berkata keadaan lebih parah jika ahli parlimen tersebut tidak dibenarkan melompat di bawah undang-undang kerana mereka akan mencetuskan banyak masalah kepada parti asal.


Sebaliknya kata Ahli Parlimen Pekan itu cara paling baik adalah mengadakan "pilihanraya pecat" atau "recall election" seperti diamalkan di beberapa negara Komanwel. Pilhanraya pecat adalah sistem membolehkan pengundi kawasan pilihanraya memecat wakil rakyat mereka sebelum tamat penggal perkhidmatan.


Najib secara sinis berkata "parti yang paling banyak menerima 'katak politik' mahu akta antilompat parti dilaksanakan segera, meskipun tidak menyebut mana-mana parti Najib dipercayai merujuk kepada parti Bersatu, yang menerima banyak bekas ahli Umno setelah menang di bawah tiket Umno dalam pru yang lalu.

Post a Comment

0 Comments