Genap 4 Tahun, Para Syuhada dan Pelajar Tahfiz Meninggal Kebakaran Pada 14 September 2017

 


Tiga tahun lalu, tragedi hitam menimpa negara apabila kebakaran berlaku di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terletak di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur. 


Hening subuh Khamis itu kala azan berkumandang begitu juga api sedang marak meragut nyawa seramai 21 pelajar tahfiz serta dua tenaga pengajarnya. Sekurang-kurangnya 20 pelajar tahfiz sahaja yang sempat terjun menyelamatkan diri dalam kebakaran tersebut.


Tragedi hitam itu berlaku pada 4.15 pagi pada 14 September 2017. Sedih bertukar marah, satu negara meratapi korban kebakaran di Pusat Tahfiz berkenaan dan kemudian menelan pahit kerana ia angkara khianat remaja yang ingin menuntut dendam.


Perselisihan faham lima pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dengan tujuh remaja di kawasan Taman Datuk Keramat dipercayai punca kejadian kebakaran pusat tahfiz berkenaan, sumber polis berkata beberapa hari sebelum kejadian pelajar tahfiz ada menegur tujuh remaja yang menghisap da.dah di kawasan Taman Tasik Datuk Keramat.


Susulan dari itu, tujuh remaja itu berdendam dengan pelajar tahfiz dan merancang untuk membakar pusat tahfiz berkenaan. 7 orang remaja yang terlibat adalah Adli 16, Jupem 16, Shahrul 18, Aiman 17, Debab 16, Ijal 15, Adik 11.



Kronologi kebakaran: 


Beberapa hari sebelum kejadian, telah berlaku perselisihan antara pelajar sekolah tahfiz dengan Adli, Jupem, Sharul, Aiman dan Debab. Kesemua mereka memaklumkan, mereka telah ditegur dan tidak berpuas hati lalu inginb membalas dendam.


Shahrul dan Jupem berpakat untuk memasuki pusat tahfiz berkenaan untuk mencu.ri handphone di dalam asrama pusat tahfiz itu. Pada pagi hari kejadian, 14 September 2017 jam lebih kurang 2.30 pagi mereka telah berkumpul di kedai minum Cek Mek Molek bersebelahan pejabat PPIM dan telah berbincang untuk membakar sekolah tersebut bagi membalas dendam.


Setelah itu semua mereka telah beredar pada jam lebih kurang 4.00 pagi Shahrul bersama Adli pergi membeli minyak petrol di stesen minyak Petron Damai dan mengisi minyak petrol dalam botol air mineral yang besar. Pada jam lebih kurang 4.30 pagi, mereka telah berkumpul kembali di padang belakang pusat tahfiz tersebut. 


Ijal dan Adik telah nampak Adli memegang sebotol minyak petrol dipercayai untuk membakar pusat tahfiz tersebut, Adik telah memanjat memasuki pejabat PPIM kerana mahu tidur. Pada jam lebih kurang 4.40 pagi Adli bersama Shahrul dan Jupem telah memasuki pusat tahfiz melalui pintu belakang untuk membakar pusat tafiz tersebut.



Manakala Aiman dan Debab menunggu di luar pagar sebelah belakang pusat tahfiz. Selepas itu Adli, Shahrul dan Jupem telah turun ke bawah untuk mengambil 2 tong gas lalu membawanya naik ke tingkat 3 pusat tahfiz dan telah meletakkan satu tong gas secara berdiri dan satu tong gas secara baring menghalabke pintu asrama, Shahrul telah mencucuk dengan menggunakan lidi di muncung kepala gas. Seterusnya Adli, Shahrul dan Jupem melarikan diri keluar dari pusat tahfiz berkenaan. Selepas itu, Aiman dan Debab juga telah melarikan diri menggunakan motosikal jenis Yamaha Lagenda warna kelabu. 


Adli menaiki motosikal Suzuki RG Sport seorang diri , Shahrul dan Jupem menggunakan motosikal Yamaha Lagenda warna hitam biru menghalabke rumah masing-masing.


Hasil rakaman cctv dari kawasan berhampiran termasuk Pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), polis berjaya mendapatkan maklumat dan menangkap kesemua remaja yang terlibat. Rakaman CCTV juga menunjukkan terdapat kelibat dua lelaki menaiki motosikal membeli minyak petrol jam 1.30 pagi, beberapa jam sebelum kebakaran pusat tahfiz berkenaan. Pihak bomba mendapati cara api merebak agak pelik dan luar daripada kebiasaan dengan kadar api merebak adalah sangat cepat dan besar. Biasanya, jika disebabkan litar pintas kotak fius utama akan tendang dan ambil masa sekurang-kurangnya setengah jam untuk api marak dan merebak, berdasarkan maklumat mangsa yang selamat kebakaran itu bermula dari luar bahagian pintu asrama itu yang menyebabkan mereka terperangkap.






Tambahan pula ada dua tong gas di situ yang mungkin menjadi punca api lagi besar dan cepat merebak. Shahirman 39 tahun, yang tinggal berhampiran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, berkata beliau mendengar jeritan para pelajar pusat tahfiz itu kira-kira 5 pagi.


Dia melihat keadaan di luar masih gelap kecuali api yang marak di tingkat tiga pusat tahfiz berkenaan. Dia bersama penduduk lain cuba membantu mengeluarkan pelajar tahfiz tersebut, Menurut Shahriman, beliau dan jiran-jiran kemudian mengarahkan beberapa pelajar terjun dari tingkat tiga. Penduduk cuba menyambut mereka ada yang melecur serta cuba bantu apa yang perlu sebelum menunggu ketibaan bomba untuk memadam kebakaran di pusat tahfiz berkenaan.


Antara yang terselamat, sempat genggam tangan sahabat sejati yang ma.ut

Apa yang lebih mengejutkan, menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ketika itu Tan Sri Noh Omar pusat tahfiz Darul Ittifaqiyah belum mendapat sijil perakuan siap dan pematuhan C-C-C. Ketika menguruskan jenazah anak-anak syurga ini cerita Mohd Zahid Mahmood iaitu pengetua pusat tahfiz ini, dia diberitahu darah masih mengalir dari tubuh mangsa ketika proses memandikan jenazah. Pihak yang menguruskan jenazah menghubunginya sambil menangis dan memaklumkan darah masih mengalir dari tubuh mangsa. Kata mereka, inilah kali pertama mereka berhadapan dengan situasi seperti ini kerana kebiasaannya keadaan ma.yat mereka yang meninggal dunia akibat kebakaran kering kerana sudah hangus terbakar, malah jenazah juga tidak mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan seperti kebiasaan, mengikut cerita daripada pemandi jenazah dan pihak bomba, bomba juga mengatakan mereka tidak perlu pakai topeng ketika naik untuk operasi mengeluarkan ma.yat kerana tiada bau yang busuk.


Mungkin itu cara untuk Allah beritahu, betapa DIA amat menyayangi anak-anak tahfiz ini.


Pertuduhan terhadap suspek



Pertuduhan terhadap kedua-dua suspek berusia 16 tahun itu dibaca di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin bersama seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman ma.ti mandatori jika sabit kesalahan. Kesemua enam suspek direman selama 13 hari bermula 16 September 2017.


Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh berkata, enam suspek itu didapati positif da.dah jenis gan.ja dan dipercayai khayal ketika memulakan kebakaran itu, manakala dua daripadanya mempunyai rekod jenayah lampau iaitu ga.duh dan cu.ri.


Mahkamah telah membebaskan seorang remaja tetapi memerintahkan seorang lagi untuk membela diri atas pertuduhan membu.nuh 23 penghuni di pusat tahfiz berkenaan. Mahkamah telah membuat keputusan bahawa pihak pendakwaan hanya dapat membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh pertama atas semua pertuduhan. Sementara itu, tertuduh kedua dibebaskan tanpa perlu membela diri. Remaja yang dibebaskan melahirkan rasa terkejutnya dengan pembebasan oleh hakim itu dan semasa ditemui pemberita di luar ruang Mahkamah beliau berkata "saya agak kecewa yang rakan saya tidak dibebaskan". Menurut undang-undang Malaysia, tertuduh bahawa umur yang didakwa atas kesalahan yang boleh membawa hukuman ma.ti seperti kes bu.nuh, tidak akan didedahkan namanya di media. Berdasarkan Akta Kanak-Kanak 2001, tertuduh bawah umur yang didakwa atas kesalahan yang membawa hukuman ma.ti juga tidak boleh dijatuhkan hukuman itu, tetapi diletakkan dalam tahanan di bawah perkenan Yang DiPertuan Agong dan mengikut Seksyen 94 Akta sama juga mempunyai kuasa untuk memerintahkan supaya ibu bapa dikenakan denda atau membayar pampasan.


Kini pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah bangkit semula walaupun kami diibarat tersungkur menyembah bumi kami yakin akan bangun kembali demi terus melahirkan generasi AlQuran dalam kalangan mereka yang kurang berkemampuan itulah kata Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Mohd Zahid Mahmood, ketika ditanya mengenai masa depan madrasah itu yang ditimpa tragedi hitam. Kejadian yang dianggap ujian dari Allah itu, tidak sedikit pun menggoncang semangatnya serta guru dan baki 10 pelajar untuk terus menyambung pengajian mereka di situ. Walaupun menerima pelbagai kecaman susulan tragedi hitam itu, permintaan untuk belajar di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah terus meningkat.

Nota terakhir untuk mak ayah Amiel sebelum meninggal dunia


Mereka akan meminjam bangunan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan di Danau Lumayan Bandar Sri Permaisuri, Cheras untuk sementara waktu sebelum boleh memulakan pengajian, beliau berkata, mereka tidak menggunakan bangunan baharu pusat tahfiz itu yang terletak kira-kira 400 meter dari bangunan yang terbakar kerana perlu menukar statusnya daripada kediaman kepada institusi. 


Sebagai pengetua, beliau juga akan memastikan tenaga pengajar di situ mempunyai insurans dan pelajar pula dilindungi insurans secara berkelompok. 


Alfatihah kepada kesemua para shuhada ini.





Post a Comment

0 Comments