'Overd0se Susu Formula!'

 


Wan Haziq - 2 Tahun 5 Bulan 


Entry kali ni panjang sikit . Terjadi dekat diri sndiri dan suami Wan Farhan baru lah rasa menyesal . Banyak kali jugak lah baca artikel doc bahaya bg susu berlebihan kat anak yg umur 2 tahun ke atas . Tapi, baca jer, ikut nya tak 😓


Jadi, sis nak share lah pengalaman selama anak kesayangan kami Wan Haziq sakit perut disebabkan minum susu banyak . Lebih kurang 10 botol sehari sebanyak 260ml minum susu dgn sekelip mata je habis licin susu nya .Makan pun banyak.



Hari pertama dan kedua Haziq dah tunjuk simptom2 nak cirit birit dan dah start muntah . Tp yg plg teruk pd hari ke 3, die berak keadaan cangkung sambil menahan sak1t.




Hari ke 4 haziq dah mula berak darah 😭😭 . Ibu mana tak panik kan bukak2 pampers, penuh darah. Menggigil satu badan ni. Bergegas pergi HUSM pukul 4 pagi. Sepanjang perjalanan tak henti² Istighfar. 




Terus ke bahagian kecemasan dan Haziq kena admit ward! Macam2 diagnosis doc pakar buat, dan andaian doc, Haziq terlebih minum susu.


Sehari Haziq berak lebih 20 kali . Dinding usus keradangan dan luka disebabkan Haziq kerap berak.




Paling sedih hari ketiga, Haziq berak darah dari pukul 4 pagi tak berhenti sampai malam. Pampers ada 52pcs, habis licin! 


Malam tu doc pakar datang sahkan Haziq overdose SUSU FORMULA. macam tak logik tapi itu lah realitinya. Allahu.. Maafkan mama sayang 🙁 


BUAT PARA IBU!


Ibu kat luar sana, kalau anak yg umur 2 tahun ke atas tu, please kurangkan susu. Kalau boleh paksa anak makan. Jangan jadikan susu tu makanan harian.


Mcm Haziq perut dia sensitif sangat . 2, 3 minggu sblm Haziq cirit birit.. Haziq selalu mengadu sakit perut.. Lepas jer minum susu, mesti Haziq akan mengadu sakit perut. Ingatkan dia sakit perut sebab nak berak. Tp doc ckp, itu adalah tanda2 awal.


Kalau anak2 mengadu sakit perut lepas minum susu, kurangkanlah susu ea. Kalau sayangkan anak, biarkan anak meronta sekejap, lama2 akan terbiasa. AJAR dan PAKSA anak2 makan.


Lagi satu tips, ibu2 boleh cuba letak air kosong dalam botol susu. Bagi anak minum dan ckp kat " susu dah habis, kena g beli dulu " . Nak bagi susu jugak boleh, bagi fresh milk.


Buat masa sekarang ni Haziq dah stop dulu susu formula . Bagi fresh milk. Agak mahal tapi tak apa lah demi anak. 


Limitkan dgn minum 2 gelas jer sehari. Bg susu byk kali tapi dalam kuantiti yg sikit, dan pastikan 2 gelas sehari dan bagi makan makanan yg kita makan.


Kalau lepas minum susu dan mengadu sakit perut,  tu ada petanda awal la ye. So, berjaga jaga.




Sis share supaya tak terjadi pada anak-anak lain. Pengalaman ni menjadikan pengajaran buat kami.


Cegah Lebih Baik Dari Merawat.


Kredit: Anis Amiza HUSM

Post a Comment

0 Comments