Pihak Polis Berjaya Berkas Suspek Kes R*g*l, L1wat Kerani Kilang

 



Polis Pulau Pinang berjaya menyelesaikan satu kes r0gol, liw4t dan bu.nuh seorang wanita dalam tempoh kurang tiga jam.


Pembu.nuhan itu terbongkar selepas orang awam serta jiran mangsa melihat seorang lelaki mencurigakan di halaman kediaman dua tingkat mangsa di Taman Seruling Emas, Sungai Jawi semalam.


Ma.yat wanita itu ditemui di bawah katil dalam keadaan tidak berbaju selepas pihak keluarga meminta bantuan polis membuat pemeriksaan di kediaman tersebut susulan tiada kelibat mangsa.


Malaysia Gazette difahamkan, rumah teres dua tingkat tersebut mempunyai empat bilik dan mangsa berusia 40 tahun itu ditemui di bilik tidurnya di tingkat bawah kediaman.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung penemuan ma.yat mangsa di bawah katil pukul 7.20 malam sebelum sepasukan polis dikerahkan ke lokasi kejadian.


Berdasarkan maklumat awal, saksi mendakwa dia mempunyai janji temu dengan mangsa pada pukul 3 petang sebelum melihat kelibat seorang lelaki keluar dari rumah tersebut dengan menunggang sebuah motosikal.

Foto Suspek

Saksi memaklumkan perkara tersebut kepada kakak mangsa sebelum kakaknya mengarahkan kenalan terdekat untuk membuat pemeriksaan di kediaman adiknya itu.


Sebaik tiba di lokasi, kenalan tersebut melihat pintu rumah mangsa dalam keadaan terbuka dan dia terus menghubungi Balai Polis Sungai Bakap untuk bantuan lanjut.


Anggota polis dari balai berkenaan tampil untuk membuat pemeriksaan bersama sebelum menemui mangsa di bawah katil dalam keadaan terbaring selain rumahnya berselerak,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.


Menurut beliau, bertindak atas risikan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Kontinjen dan Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan berjaya mengesan dan memberkas suspek yang terlibat dalam kes tersebut.


Suspek berusia 29 tahun yang ditahan di Changkat Sungai Jawi itu mengaku hisap sya.bu sebelum cer0boh  rumah mangsa pada 3 pagi dengan memanjat tembok belakang sebelum masuk melalui tingkap.


Suspek dikatakan menghampiri mangsa yang  sedang tidur sebelum mer0gol dan meliw4tnya. 


Suspek bertindak sumbat seluar dalam ke dalam mulut mangsa sebelum menutup mulutnya dengan tangan apabila dia cuba melawan dan menjerit.


Selepas beberapa lama mangsa tidak bergerak dan disyaki telah meningg4l dun1a dan suspek dikatakan masih mer0gol dan meliw4t mangsa beberapa kali selepas itu,” ujar beliau.


Tambah Chong Chern, susulan itu, suspek bertindak menyembunyikan mangsa di bawah katil sebelum melarikan wang tunai, telefon bimbit serta loket milik mangsa.


Pihak forensik telah mengambil 25 sampel di lokasi kejadian.


Semakan juga mendapati suspek mempunyai lima rekod lampau berkaitan jen4yah dan d4dah.


Ma.yat mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk proses bedah siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Kes3ksaan,” jelas Chong Chern.

Post a Comment

0 Comments