Salah Seorang Ped0filia Paling Dikehendaki Ditangkap Di Sarawak

 

Alladin Lanim mengaku bersalah atas 18 tuduhan mencabul lima budak lelaki dan dijatuhkan hukuman penjara selama 18 tahun, enam bulan penjara dan 15 sebatan

Seorang lelaki bernama Alladin Lanim berusia 40 tahun itu telah ditangkap oleh sepasukan Polis Malaysia yang bekerjasama dengan Polis Australia semalam. Seorang penjenayah seksual kanak-kanak yang dikehendaki Polis Australia itu ditahan di bandar kecil Sarawak semalam iaitu Lundu, dan dia telah menjalankan kegiatan terkutuk itu sejak 14 tahun lalu.


Cuma sejak dua tahun kebelakangan ini Polis Persekutuan Australia, Polis Queensland, dan juga Pusat Analisis dan Laporan Transaksi Australia (Austrac) mula giat aktif mencari Alladin Lanim.


Mengapa Polis Australia jejak dia selama 2 tahun kebelakangan ini dan dilabel sebagai penjenayah pedofilia paling dikehendaki di dunia?

Apa fungsi Pusat Analisis dan Laporan Transaksi Australia (Austrac)?


AUSTRAC (Pusat Laporan Transaksi dan Analisis Australia) merupakan sebuah badan kerajaan Australia yang ditubuhkan khusus untuk membuat pemantauan ke atas aktiviti pengubahan wang h4ram di Australia. Institusi-institusi kewangan dan bukan kewangan yang telah dikenalpasti sebagai Institusi Pelapor diwajibkan membuat laporan aktiviti kewangan para pelanggan mereka yang disyaki terlibat dalam aktiviti yang mencurigakan. 


Aktiviti-aktiviti yang mencurigakan ini termasuk aktiviti r4suah, pelupusan harta pencu.rian, hasil penyeludupan, aktiviti kega.nasan, pelarian cukai, dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti yang dilabelkan di bawah aktiviti pengubahan wang h4ram adalah aktiviti yang telah dilabelkan sebagai kesalahan predikat di bawah undang-undang negara tersebut. 


Menurut akhbar Sydney yang berpangkalan di Australia, Alladin telah mengeksploitasi kanak-kanak secara dalam talian selepas melakukan perbuatan itu dengan membuat rakaman video. Jadi rakaman itu bergerak menerusi laman gelap (Darkweb) yang dipasarkan ke Australia dan dibeli sendiri oleh warga Australia. Rakaman itu menunjukkan pende.raan terperinci dilakukan Alladin Lanim terhadap kanak-kanak dua hingga 16 tahun.


Jadi, segala transaksi duit, wang h4ram berjaya dikesan oleh Austrac iaitu Badan atau Pusat Laporan Transaksi dan Analisis Australia.


Dalam pada itu, pihak berkuasa Australia mendedahkan yang Alladin Lanim lakukan perkara itu sejak 2007 dengan lebih 1000 gambar dan video kanak-kanak di bawah umur yang dide.ra secara s3ksual.


Menurut Senior Australia Federal Police (AFP) di Kuala Lumpur dia dilabel sebagai ped0filia dikehendaki kerana seorang yang sangat produktif dalam melakukan kegiatan itu terhadap banyak mangsa.  


Polis susah jejak kerana profile di dark web sebagai anonymous


Skuad perisik oleh Australian Center to Counter Child Exploitation berjaya mengesan dia pada Ogos 2020 yang mana mereka telah berjaya mengesan gambar tertuduh di media sosial. 


Gambar-gambar itu kemudian diserahkan kepada polis Malaysia dan pegawai AFP yang berpusat di Kuala Lumpur dan penyiasat Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat yang berlumba-lumba untuk mengenalinya.


Melalui gambar-gambar itu pihak penguatkuasa cuba menyelidik terperinci lokasi Alladin, oleh kerana laman gelap (darkweb) sangat sukar untuk mengesan penje.nayah kata Brunicle.


Dalam penyiasatan lain, pihak Austrac juga meneliti terdapat gambar yang sama dihantar dari Australia ke Malaysia sejak beberapa bulan sebelum ini. Dan akhirnya tembelang itu pecah kerana gambar itu diletakkan sekali maklumat Alladin Lanim.


Pada bulan Julai lalu, pihak berkuasa Malaysia yang dibantu penyiasat Australia berjaya mengesan Alladin Lanim di Pusat Kuarantin Covid-19 di Sarawak yang baru saja balik dari semenanjung Malaysia.


Alladin telah dituduh dengan 18 pertuduhan sedia ada, dengan menganiaya 5 budak lelaki untuk menonton video p0rno dengan mengumpan untuk memberi telefonnya untuk bermain game.


Dia mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara selama 18 tahun, enam bulan dan 15 sebatan. Dia mengaku bersalah atas empat pertuduhan pada 16 Ogos dan 14 pertuduhan pada 17 Ogos di tiga Mahkamah Seksyen di Kuching, lapor Dayak Daily.


Kesalahan yang dilakukannya itu di perkebunan dan sebuah rumah di Lundu antara 2018 hingga April tahun ini.


Ia adalah sisatan yang sukar kerana waktu pandemik ini perlu mendapat kebenaran dan pertanyaan semua pihak. Menteri yang memegang protfolio Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Masyarakat Sarawak iaitu Datuk Seri Fatimah Abdullah telah dimaklumkan perkara ini.


Penolong Ketua Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak Bukit Aman (D11) Asst Comm Siti Kamsiah Hassan mengatakan bahawa penangkapan itu adalah hasil hubungan kerja yang erat antara polis tempatan dan Australia.

Post a Comment

0 Comments